Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Enjoy Song

Sabtu, Julai 24, 2010

Kisah Isteri Derhaka

“Akhirnya setelah dua tahun menghilang diri, Normah kembali ke rumahnya. Seperti dahulu, dia masih cantik bergaya. Lenggoknya masih gemalai, pinggang masih ramping, gincu masih merah dan mekap masih tebal. Jika berselisih, aroma pewanginya masih kuat menusuk hidung. Namun bezanya, Normah kelihatan tidak begitu ceria. Zahirnya dia begitu anggun tapi wajahnya terlukis warna yang muram dan lesu. Tutur katanya perlahan dan tidak bermaya seperti orang keresahan.

“Kenapa awak balik? Pergilah ikut jantan. Awak tak ada pun saya boleh jaga anak-anak kita ni!!” jerkah suaminya, Halim sebaik melihat Normah pulang dengan menjinjing sebuah beg besar.

Normah tidak menjawab kerana dia tahu, itu memang salahnya. Dia cuma berdiri di pintu dan menundukkan muka. Halim sebaliknya terus membelasah isterinya itu dengan kata-kata keras. Sudah lama geram itu menggelodak di hati, lalu inilah masa untuk melepaskannya.

Normah masih terpaku di muka pintu. Dikesat air mata yang bergenang. Tiada sepatah perkataan pun di balasnya kata-kata Halim itu kerana hajatnya pulang bukanlah untuk bertengkar. Hasratnya Cuma satu, untuk pulang kepangkuan suami dan anak-anak.

Jika diikutkan hati memang hendak dihalaunya Normah, tapi disebabkan anak-anak, Halim menahan juga kemarahannya. Dibiarkan Normah masuk ke rumah yang telah lebih dua tahun ditinggalkannya itu.

Bagi Halim, kepulangan Normah tidak membawa apa-apa erti lagi dalam hidupnya. Malah ia cuma memulakan semula kekalutan yang sudah dirungkaikannya, mengeruhkan hidup yang mula jernih dan memarakkan semula api yang telah dipadamkan.

Dua tahun dahulu, Normah meninggalkan Halim dan dua anaknya, Iffa, 5, dan aina, 2. Yang ditinggalkan hanyalah sekeping nota menyatakan yang dia ingin hidup bersama kekasihnya.”

Saya rasa kita dah tak ada persefahaman lagi. Saya mahu hidup bahagia dengannya” demikian antara lain nota yang ditinggalkannya untuk Halim.

Kesalnya dia dengan tindakan Normah tidak terkata. Halim akui sejak akhir-akhir ini Normah sudah berubah. Kalau dulu layanannya begitu baik, sekarang mula dingin. Pantang silap sedikit, mulalah naik angin. Kata-katanya pula, selalu saja diiringi sindiran. Sudahlah begitu, sering pula Normah meminta barang-barang mewah di luar kemampuan Halim. Itulah yang menghairankan Halim.

Lama-kelamaan, Halim terhidu pula berita Normah menjalin hubungan sulit dengan lelaki berada. Dia ada bertanya tentang hal itu, namun Normah lantas menafikannya. Walaupun Halim menekannya dengan cerita dan bukti-bukti, tapi Normah tetap tidak menidakkannya. Malah dituduh pula suaminya cemburu buta. Nah, sekarang terbukti sudah kebimbangannya itu. Tapi apa yang boleh dilakukan, nasi sudah menjadi bubur.

Sejak Normah meninggalkannya, hidup Halim tidak terurus. Terpaksalah dia membesarkan anaknya itu sendirian. Dialah ibu dialah bapa. Dengan gajinya sebagai penyelia kilang yang tidak seberapa dan menyewa pula di sebuah rumah di pinggir Kuala Lumpur, tentulah sukar untuk dia menguruskan hidup.

Kalau kanak-kanak lain selalu bertukar pakaian, anak-anaknya dengan baju dua tiga pasang itulah. Makan yang mewah jauh sekali, kecuali apabila dia mendapat gaji. Rutin hidupnya, awal pagi menghantar anak-anaknya ke rumah ibunya dan malam menjemput mereka pulang Dialah yang memasak dan mengemas rumah. Kadangkala adik perempuannya turut membantu menguruskan keluarganya.

Memang hidupnya sukar, tapi Halim belum tergerak untuk berkahwin lagi. Baginya, biar susah macam mana pun, semua halangan itu akan dirempuhinya. Tambahan pula Normah masih tidak diceraikan.

Halim juga mahu membuktikan kepada Normah bahawa tanpa wnita itu, dia boleh menguruskan keluarga. Dan juga, kalau kemewahan yang menyebabkan Normah meninggalkannya, Halim ingin buktikan bahawa tanpa wang yang banyak sekalipun dia boleh hidup bahagia.

Ternyata tanpa Normah, Halim mampu membesarkan anak-anaknya seperti ibu bapa lain. Iffa dan Aina juga kian lama kian melupakan ibu mereka. Malah melihat gambar pun mereka benci. Bukan Halim yang menghasut tapi kerana Normah sendiri yang bengis terhadap anak-anak.

pregnant-pose.jpgKerana itulah, kepulangan Normah membangkitkan semula kemarahan Halim. Tambahan pula Halim mendapati ada sesuatu yang tidak kena dengan perut Normah. Ia membuncit seperti sedang hamil. Bagaimanapun dia tidak mahu bertanya kepada wanita itu.

“Tempat awk di sana!” kata Halim menunjukkan Normah ke arah sebuah bilik kecil. Di dalamnya ada sebuah tilam bujang yang kusam. Bertompok sana, bertompok sini. “Nak alas, cari sendiri,” kata Halim, lalu menyindir “itupun kalau awak ingat kat mana nak cari….” Normah ditinggalkan sendirian.

Malam itu, Normah tidur seorang diri dalam bilik sempit dan penuh barang-barang. Sementara Halim tidur bersama dua anaknya di bilik lain. Bila anak-anaknya pulang, Normah cuba membelai mereka tapi Iffa dan Aina segera menjauhkan diri. Dipujuk dengan bermacam-macam cara pun tidak berkesan. Terpaksalah Normah membawa diri ke dalam bilik dan menangis teresak-esak.

Begitulah keadaan mereka setiap hari. Normah menjadi orang asing di dalam rumahnya sendiri sementara Halim meneruskan hidup seperti biasa. Mereka tidur berasingan dan setiap pagi, anak-anak dihantar ke rumah ibunya tidak jauh dari situ.

Ternyata telahan Halim tepat. Dari sehari ke sehari dilihatnya perut Normah semakin membusung. Lain macam bulatnya. Setelah didesak dan dijerkah berkali-kali, Normah terpaksa mengaku dirinya berbadan dua.

“Aku dah agak. Patutlah awak balik…nak suruh aku jadi bapak pada budak tu, kan? Nak jadikan aku pak sanggup?” Halim melepaskan paku buah keras. “Bukan macam tu bang, saya…” tapi belum pun sempat Normah menghabiskan cakap, Halim memintas ” Saya apa?! Saya tak buat benda tak senonoh tu? Budak tu anak aku? Tolong sikit….bila masa aku sentuh badan kamu tu? Hah?”

Bagi menutup malu, Normah memakan makanan yang tajam, pedas dan berasid untuk menggugurkan kandungannya, tetapi gagal. Perutnya terus-menerus membesar. Gagal cara itu, dia pergi ke klinik swasta pula. Bagaimanapun doctor tidak mengizinkan kerana risikonya terlalu tinggi. Kata doktor, kandungannya sudah besar dan jika digugurkan, ia boleh mengundang maut.

Semakin hari jiwa Normah semakin tertekan. Perut kian memboyot sedangkan anak dan suami pula tidak menghiraukan kehadirannya. Dia menjadi melukut di tepi gantang dalam rumah sendiri. Suami menjauhkan diri bila hendak mengadun dan anak pula tidak menganggapnya ibu untuk mereka bermanja.

Tidak ada jalan lain, Normah meminta Halim menghantarkan dia ke rumah ibunya. Tentu saja Halim tidak membangkang. Memang itu yang dia mahukan. Namun sambutan ibu bapanya juga mengecewakan.

“Dua tahun kamu tinggalkan suami dan anak, tiba-tiba baru dua bulan balik perut kamu dah besar macam ni. Huh…memang patut pun Halim buat macam ni. Kamu derhaka pada dia!” kata bapa Normah, Haji Shafie bila mendapati anaknya itu hamil.

Dari sehari ke sehari tekanan perasaannya tambah menebal. Ia kian merundung bila tumbuh pula cacar di badannya. Dari kecil ia membesar, dan dari sebiji-sebiji ia merata memenuhi badan. Di dalam cacar itu, menguning nanah busuk dan jelik baunya. Pada waktu yang sama, Normah mengidap darah tinggi pula.

Tekanan perasaan yang melampau itu menyebabkan Normah dibawa oleh ibu bapanya berjumpa dengan pakar jiwa. Bermacam-macam ubat dan rawatan diberikan tapi ternyata begitu sukar untuk dia dipulihkan. Disebabkan badannya terlalu lemah, doktor mencadangkan supaya Normah bersalin melalui cara pembedahan apabila usia kandungannya mencecah tujuh bulan lebih sedikit.

Pada waktu yang ditetapkan, Normah dimasukkan ke wad. Seminggu sebelum dibedah, dia mula meracau-racau dan meraung. Bermacam-macam dijeritkannya tanpa hujung pangkal. Dimaki hamunnya emak dan ayah serta jururawat yang datang. Kemudian Normah menangis pula hendak balik dan melihat anak-anak.

Dalam keadaan yang kritikal itulah ayahnya, Pak Cik Shafie menelefon saya dan menceritakan keadaan anaknya itu secara ringkas. ” Pak cik tak mahu nak salahkan sesiapa. Dua-dua ada buat silap. Tapi sekarang ni pak cik minta ustaz usahakanlah ubat anak pak cik tu,” katanya. Daripada suaranya itu saya tahu dia sedang menahan sebak.

“Saya di Sarawak sekarang ni pak cik. Dua hari lagi saya balik. Tapi buat sementara ni, usahakan baca Yasin dulu. Bila saya balik nanti, saya terus ke sana,” jawab saya. Sekembalinya ke Semenanjung saya terus menziarahi Normah. Keadaannya sama seperti yang diceritakan oleh bapanya.Mengerang kesakitan, meracau, meronta-ronta, dan bercakap tidak keruan. Keadannya ketika itu memang menyedihkan kerana dalam keadaan perut memboyot di meraung seperti hilang akal.

Namun timbul pertanyaan di fikiran saya selepas dibacakan Yasin, keadaan Normah bertambah buruk. Keadaanya ibarat mencurah minyak ke api, makin disiram makin besar maraknya. Ibu bapa dan adik beradik Normah menangis milihat keadaan dirinya.

“Pak cik mana suami dengan anak-anaknya?” saya bertanya bila melihat suami dan anak-anak Normah tidak menziarahinya. ” Itulah yang saya nak cakap pada ustaz. Saya dah pujuk, rayu dia datanglah tengok anak saya ni. Kata saya, walau besar mana pun dosa anak saya, kalau dia menderhaka sekalipun, tapi dalam keadaan macam ni bukankah elok kalau dia di ampunkan? Tapi dia tak mau. Jengah pun tidak,” kata Haji Shafie kesal.

“Dia marah lagi agaknya,” saya menyambung.

“Saya tau… kalau jadi pada kita pun kita marah. Saya bukanlah nak salahkan dia, tapi yang sudak tu sudahlah. Anak saya pun bersalah, saya mengaku,” tambah Haji Shafie.

“Kalau macam tu,” tambah saya,” bawa saya jumpa menantu pak cik tu. Insya-Allah kita sama-sama pujuk dia.”

Seperti yang dipersetujui, beberapa hari kemudian saya dibawa oleh Haji Shafie berjumpa dengan menantunya itu.

“Yang sudah tu sudahlah Lim, ampunkanlah dia. Normah tengah tenat tu,” Haji Shafie merayu.
” Dua tahun dia tinggalkan kami anak beranak. Balik-balik, mengandung…suami mana yang tak marah, ayah ? Mana saya nak letak muka saya ni ? Dayus, pucuk layu , tak ada punai, tak tau jaga bini, macam-macam lagi orang hina saya…’ tambah Halim melepaskan segala yang terbuku di hati. Bermacam-macam lagi di rungutkan hingga tidak sanggup kami mendengarnya.

” Ayah faham perasaan kau. Ayah tau Normah yang salah, derhaka pada kau , tapi dia tengah tenat sekarang ni,” Haji Shafie merayu lagi , Halim tidak menjawab sepatah pun Nafasnya saja yang turun naik manakala muka merah padam menahan marah.

Bila keberangan nya semakin reda saya menasihatkan Halim supaya melupakan perkara yang telah berlalu itu. “Mengampunkan orang lain lebih baik daripada membalas dendam . Isteri awak menderita sekarang ini pun sebab dia sudah sedar dengan kesalahan dia, jadi eloklah awak maafkan,” kata saya.

Lalu saya ..hadis dan firman Allah berkaitan …Ternyata Halim sudah berpatah arang berkerat rotan . ” Saya tak akan jenguk dan saya tak akan ampunkan dia. Isteri durhaka ! ” katanya.

Sampailah hari Normah di bedah , Halim langsung tidak menjengukkan mukanya. Iffa dan Aina juga di larang daripada menjengah ibu mereka. Bagaimanapun , di sebabkan keadaan Normah yang tenat, makan minum tidak menentu , bayi yang di lahirkannya meninggal dunia beberapa hari kemudian. Normah pula sejak sedar daripada pembedahan semakin teruk jadinya.

Setiap hari, terutamanya tengah malam dan senja dia akan meracau. Yang mengaibkan , racauannya kini mendedahkan segala pelakuan jelik yang di lakukannya selama meninggalkan Halim dan anak-anak. Antaranya, Normah menceritakan yang dia telah mengikut lelaki hingga ke Siam dan kemudian hidup seperti suami isteri. Selepas berpisah dengan lelaki itu, dia bersekedudukan pula dengan lelaki lain. Tidak kurang dengan tiga lelaki telah dia berzina.

“Abang..ampunkanlah saya. Saya derhaka, saya jahat, saya malukan abang…maafkanlah saya…”dia terus menangis dan meratap.

Setiap hari bermacam-macam rahsia di dedahkannya; tentang tempat-tempat maksiat yang pernah dia pergi bersama teman lelaki, kawan-kawan lain yang sama saja perangai dengannya juga kekecewaannya bila dipermainkan lelaki-lelaki terbabit.

“Abang, Iffa, Aina…marilah tengok emak . Emak tak jahat lagi,. Emak nak jadi baik. Emak nak jadi lawa, pandai, suka masak, kita pergi sungai…” ratapnya lagi bercampur dengan kata-kata yang melalut.

Tidak dapat hendak di gambarkan bagaimana malunya Haji Shafie dan isterinya setiap kali Normah menelanjangkan keburukannya sendiri. Berbagai-bagai cara mereka lakukan supaya Normah berhenti meracau seperti menutup mulut, memujuknya diam dan kadangkala turut sama bercakap supaya orang-orang di sekeliling tidak mendengar , tetapi usaha itu tidak berhasil.

Setelah hampir sebulan Normah mendedahkan kecurangannya, keadaan wanita itu bertambah parah. Tekanan darahnya menurun dan kerap tidak sedarkan diri. Badannya yang kurus makin melidi kerana Normah tidak mahu menjamah makanan. Yang di lakukan sepanjang hari hanyalah menangis dan meminta ampun kepada Halim. Setelah itu dia kembali terkulai tidak sedarkan diri.

Haji Shafie sekali lagi menemui saya. “Ustaz pujuklah menantu saya tu. Mintalah dia datang jenguk Normah dan ampunkan lah kesalahan dia. Memang anak saya bersalah , tapi dalam keadaan sekarang, Cuma keampunan suami saja yang boleh selamatkan dia,” kata Haji Shafie. Isterinya sejak tadi saya tengok tiada berhenti-henti mengesat air mata .

” Kalau begitu, mari kita pergi jumpa Halim,” kata saya.

Puas kami memujuknya . Alhamdulillah, setelah berbagai-bagai alasan di beri, akhirnya Halim bersetuju. Bagaimanapun saya lihat dia seperti terpaksa saja. Langkahnya berat dan nampak kurang ikhlas.

” Sudahlah Lim, lupakan yang lepas-lepas. Buangkan dendam, gantikan dengan kemaafan. Insya-Allah, semua pihak akan dapat keberkatanNya,” kata saya semasa Halim hendak memasuki kereta. Dia cuma tersenyum tawar.

Demi terpandang saja Halim datang menjenguk, Normah dengan suara yang amat lemah memohon maaf kepada suaminya itu.

“Sa..sa..ya der…haa..ka pada abaaaang..” katanya antara dengar dengan tidak. Sambil air mata jatuh berlinangan , dia mengangkat tangannya untuk meminta maaf, tapi terlalu sukar. Ibunya cepat-cepat membantu.

“Yalah…”jawab Halim perlahan lantas menyambut tangan Normah. Reaksinya masih tawar. Dia belum benar-benar ikhlas.

Petang itu kami bersama-sama membacakan surah Yasin dan ayat-ayat suci al-Quran untuk Normah yang kelihatan semakin teruk. Bagaimana pun bila Normah meminta ampun sekali lagi, saya lihat Halim semakin ikhlas menyambutnya. Saya tersenyum. Mungkin hatinya sudah sejuk melihat penderitaan Normah.

Lebih kurang pukul 5.00 petang saya meminta diri kerana ada urusan penting. Sebelum pulang saya berpesan; ” Lim, sekarang ni awak saja yang boleh selamatkan Normah. Dia harapkan sangat keampunan daripada awak. Selepas itu, serahkan kepada Allah. Kalau sembuh, alhamdulillah, kalau tidak biarlah dia pergi dengan aman “.

” Terima kasih ustaz,” balas Halim.

Seminggu kemudian Halim datang ke rumah saya dan memaklumkan bahawa Normah telah meninggal dunia. Bagaimanapun, dia membawa juga kisah yang menginsafkan mengenai pemergian Normah.

“Ustaz,” Halim memulakan ceritanya, “Malam tu Cuma tinggal saya dan anak-anak saja duduk di tepi Normah. Ibu dan bapa dia ke kantin untuk makan. Bila saya bacakan Yasin , saya tengok air mata arwah mengalir setitik demi setitik. Saya tau dia benar-benar insaf dengan kesalahannya dulu, curang pada saya, derhaka pada suami, tinggalkan anak-anak.”

“Sampai di ayat salamun qaulam mirrabir rahim, saya ulang tiga kali. Setelah habis, saya usap dahi arwah Saya lakukannya dengan ikhlas sebabtidak sampai hati tengok hati dia menderita.”

” Setelah menciumnya tiga kali tiba-tiba dia nazak. Nafasnya di tarik dalam-dalam tapi nampak susah sangat. Sekejap kemudian nafasnya laju, tapi lepas itu lambat betul. Saya cemas. Dah dekat ke?”

“Tiba-tiba Aina menangis Entah apa yang di gaduhkan dengan kakaknya saya pun tak tau . Kuat betul dia menangis sampai saya tak sanggup nak dengar. Berbelah bagi juga sama ada antara anak dan isteri yang tengah sakit, tapi bila fikirkan tangisan budak itu mengganggu pesakit lain, saya terus ambil Aina dan pujuk dia. Susah pula nak pujuk dia hari tu sampai terpaksa dukung dan bawa ke luar wad.”

“Namun bila kembali ke wad, saya dapati Normah dah tidak bernafas lagi.”

“Luka memang berdarah lagi, ustaz, tapi bila dia meninggal tanpa ada sesiapapun di sebelahnya, menitis juga air mata saya. Yalah, kalau orang lain pergi dengan baik, ada orang tolong bisikan syahadah, bacakan Yasin, dia pula pergi macam tu. Agaknya itulah 'balasan untuk isteri yang derhaka’.”



SEMOGA MENJADI IKTIBAR DAN PENGAJARAN BUAT KITA SEMUA. AMIN!
Selasa, Julai 20, 2010

Ibu…Bidadari Di Rumahmu.

Seorang bayi bersiap untuk dilahirkan ke dunia. Dia berkata pada dirinya sendiri: “ para malaikat mengatakan bahawa esok aku akan dikirimkan ke dunia, tetapi bagaimana aku boleh hidup di sana? Aku begitu kecil dan lemah?”

Tiba terdengar suatu suara: “ Jangan bimbang. Aku telah memilih seorang bidadari untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihi kamu di sana.”

Bagaimanapun bayi itu merasa bimbang dan takut untuk menghadapi dunia yang amat asing baginya.

“Di sini – surga – apa yang aku lakukan hanyalah menyanyi dan ketawa sepanjang hari. Ini sudah cukup bagi aku untuk berasa bahagia,” kata bayi itu dalam nada yang cukup sedih.

“ Jangan kamu bimbang. Bidadarimu akan menyanyi, sentiasa tersenyum dan menjagamu sepanjang masa. Dan kamu akan merasa kehangatan cintanya. Dengan semua itu kamu akan lebih bahagia daripada di sini,” terdengar sekali lagi suara tadi.

“Tapi bagaimana aku akan mengerti apa yang dibicarakan oleh bidadariku jika aku tidak memahami bahasanya?” tanya bayi itu separuh merintih.

“Bidadarimu akan berbicara kepada mu menggunakan bahasa lembut yang paling indah pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian, dia akan mengajarkan kamu cara berbicara,” Berkata suara itu lagi.

Bayi itu masih tidak puas hati, dia terus juga bertanya: “aku mendengar bahawa di dunia banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi aku?”

“Bidadarimu akan memberikan perlindungan dengan sepenuh jiwa raganya,” balas suara itu.

“Tetapi aku pasti akan merasa sedih kerana meninggalkan tempat yng begini indah,” rintih bayi itu lagi.

Bidadarimu akan menceritakan kepadamu segala-galanya. Dia akan mengajar kamu segala-galanya. Dia akan mengajar kamu segala ilmu yang ada. Jangan bimbang kerana bidadarimu sanggup mengorbankan segalanya untukmu. Padanya, kamu adalah segala-galanya!

Di saat itu suasana menjadi begitu tenang dan perlahan-lahan bayi itu bertanya lagi: “jika aku harus pergi sekarang, bolehkah diberitahu siapakah bidadari itu?
“Kamu akan memanggil bidadari bidadari itu…IBU!”


Moral :

Ingatlah! Curahkan sepenuh kasih sayang kepada ibumu, berdoalah untuknya dan cintailah dia sepanjang hayat.

"Hargai Air Mata Wanita"

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa engkau menangis?"
"Karena aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti", kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti"

Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.

Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"

Tuhan berkata:
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya " "Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu "

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk diteteskan.

Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan kapan pun ia butuhkan."

"Kau tahu:
Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, sosok yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."

"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, karena itulah pintu hatinya - tempat dimana cinta itu ada."
Isnin, Julai 19, 2010

Kata-Kata Inspirasi Selepas Mengalami Sesuatu Kegagalan

1. Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.
2. Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi.
3. Ingatlah bahawa anda boleh gagal dalam apa sahaja dalam hidup asalkan tidak menjadi seorang yang gagal.
4. Kegagalan bukan bermakna anda tidak mencapai apa-apa.Ia bermakna anda telah mempelajari sesuatu.
5. Wang bukanlah segala-galanya, namun ia pasti menjadi penghubung dengan anak-anak anda.
6. Ramai orang yang masih bergantung kepada kerja-kerja yang bergaji rendah kerana mereka takut gagal jika mencuba kerja lain.
7. Kesilapan adalah bukti bahawa seseorang itu telah mencuba membuat sesuatu perkara atau pekerjaan.
8. Kesilapan mengajar kita tentang apa yang perlu kita pelajari selepas itu.
9. Apa yang anda pelajari selepas kegagalan sahaja yang dikira.Kegagalan itu sendiri tidak dikira.
10.Anda tidak gagal.Anda hanya menemui cara yang tidak berkesan.
11.Kesilapan adalah realiti kehidupan.yang penting adalah tindakbalas terhadap kesilapan itu.
12.Jika anda inginkan sebuah tempat di matahari,bersedialah untuk terbakar.
Anda tidak harus berkata KENAPA SAYA? Anda seharusnya bersyukur kerana ANDA telah dipilih.
13.Malah kesilapan pun mungkin menjadi perkara penting bagi menjamin kejayaan yang bernilai.
14.Sekiranya anda mahu mengambil seorang pekerja,pastikan dia pernah gagal sebelumnya.
15.Kegagalan bukan bermakna anda tidak berusaha bersungguh-sungguh.Kegagagalan itu hanya bermakna anda perlu mengambil masa yang lebih lama untuk berjaya.
16.Sekiranya kita bersaing dengan diri kita sendiri dan kita mengalami kegagalan, siapakah yang menang?Fikirkanlah!.
17."Lulus" dan "Gagal" adalah cara lama mengkategorikan seseeorang.Cara baru ialah "pengetahuan" dan"Kejahilan".
18.Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda lakukan.Seluruh kehidupan adalah satu ujian.
19.Mungkin tiada kegagalan bagi orang yang terus berjuang.
20.Ramai orang mencari tempat yang selamat,tetapi akhirnya tersangkut!
21.Impian yang tidak terlaksana adalah impian yang terpenjara oleh musuh nombor satu-iaitu takut GAGAL!!
22.Tiada siapa yang berha mengecap anda sebagai orang yang gagal,kecuali diri anda sendiri.
23.Sekiranya anda menemui sebuah laluan tanpa halangan, ia mungkin tidak membawa anda ke mana-mana.
24.Kesialpan-kesilapan memberitahu kita tentang apa yang perlu kita pelajari.
25.Apabila anda telah sampai ke penghujung tali......dan tiada lagi simpulan untuk bergantung......lompatlah ke tali yang lain.

PERINGATAN!!!

INI ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KATA-KATA PEMBANGKIT SEMANGAT SAHAJA DAN BUKANNYA FALSAFAH ATAU HADIS ATAU AYAT AL-QURAN.ANDA DINASIHATKAN SUPAYA MEMBACA KATA-KATA INI SEBAGAI PENGETAHUAN SAHAJA.ASASNYA,APA-APAPUN PEKERJAAN YANG ANDA LAKUKAN HENDAKLAH DILAKUKAN BERSUNGGUH-SUNGGUH DAN TIDAK BERPUTUS-ASA DAN BERSERAH KEPADA ALLAH S.W.T APABILA ANDA TELAH BERUSAHA.INSYA-ALLAH ANDA AKAN BERJAYA!!.

selamat membaca!!
Khamis, Julai 15, 2010

Sepotong Roti....

“Sepotong roti kering yang engkau makan di kala sihat. Secawan air sejuk yang engkau minum dengan hati bersih. Sebuah rumah sempit yang engkau huni dengan lapang dada, serta sebuah mushaf (Al-Quran) di tangan yang sentiasa engkau telaah lalu diamalkan isinya… Jauh lebih baik daripada tinggal di sebuah istana yang megah, namun setelah itu engkau dicampakkan ke dalam neraka Hamiah.”

Wahai Hati

Siapa yang tak mengakui indahnya bunga? Dengan warna yang menarik dan bau yang harum, ia sering menjadi idaman. Kadang-kadang ia juga menjadi perhiasan. Mata yang menilai pula mendapat tafsir tentang keindahan dari akalnya. Akal yang baik dan cerdas adalah akal yang dipandu oleh kasih Allah dan Rasulnya. Bukankah ini yang dinamakan iman…………

Tidak seorang pun yang dapat menafikan, betapa indahnya mega petang. Warnanya yang begitu menawan, memukau setiap mata yang memandang, setiap hati yang terusik dan setiap jiwa yang rindukan kedamaian. Namun…. lebih indah lagi sekiranya hati kecilnya berkata: ‘Mahasuci Allah, tidak engkau jadikan semua ini sia-sia. Mahasuci Engkau ya
Allah, lindungilah aku dari api neraka.’

Begitu juga dengan keindahan jeram-jeram di kali, dedaunan gugur dihembus angin. Peristiwa-peristiwa sebegini amat meniggalkan kesan kepada hati makhluk yang bergelar insan . Itulah hakikatnya, fitrah jiwa manusia . jiwanya cenderung kepada keindahan dan kecantikan. Biar apapun pangkat dan kedudukannya. Seorang kaya mungkin merasakan
bahawa keindahan itu ialah rumahnya yang tersergam indah di atas bukit dan potretnya yang dilukis hebat. Seorang fakir pula mungkin merasakan bahwa keindahan itu adalah dari riak wajah anak-anak kecilnya yang menunggu kepulangannya.

Namun tidak ramai yang mengetahui, tentang wujudnya satu keindahan hakiki…. indahnya ia membuahkan perasaan kasih sayang pada ibu dan ayah. Indahnya ia , melahirkan rasa kasih pada sahabat dan indahnya ia, memandu akal dan jiwa kepada etenangan, kedamaian, dan kerinduan kepada kebahagiaan. Itulah tanda kasih dan sayang pada Maha Pencipta dan Maha Pengasih. Itulah tanda kasih dan sayang pada Allah dan
Rasulnya.

Hatinya berbisik; lagi……..’Ya Allah, banyaknya nikmat-Mu padaku.tapi ………. sedikitnya aku bersyukur, ya Allah , hatiku tahu nafsu jahat itu musuhku, tapi banyaknya jalan-jalannya yang telah aku turuti. Ya Allah, besarnya pengorbanan ayah, tingginya
nilai kasih dan mesra ibu, tapi aduhai …..sedikitnya do’aku untuk mereka. Ampunkan, ampunkanlah wahai yang Maha Pengasih’

Marilah kita bersama-sama memiliki keindahan iman ini. Milikilah ia dengan banyak merenung dan memikirkan nikmat-nikmat Allah…. Milikilah ia dengan ilmu yang mendalam, mudah-mudahan dengannya keindahan yang hakiki akan kita peroleh. Tidak
seperti keindahan dunia ini yang hanya bersifat sementara…………….

10 PESANAN IMAM SHAFIE YANG PERLU DIIKUTI

Sebelum Imam Shafie wafat, beliau sempat berpesan kepada muridnya serta umat islam umumnya. berikut adalah kandungan wasiat tersebut: ” Barangsiapa yg ingin meninggalkan dunia dlm keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara:

1. Hak kpd diri: mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan dan berpada-pada dgn rezeki yd ada.

2. Hak kpd malaikat maut: mengqadakan kewajipan2 yg tertinggal,mendapatkan kemaafan dr org yg dzalimi, membuat persediaan utk mati dan merasa cinta kpd ALLAH

3. Hak kpd kubur: membuang tabiat suka mneabur fitnah, tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu org yg dizalimi.

4. Hak kpd Munkar dan Nakir : tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

5. Hak kpd mizan(neraca timbangan amalan pada hari kiamat): menahan kemarahan, byk berzikir, mengikhlaskan amaln dan sanggup menahan kesulitan.

6. Hak kpd sirat(titian yg merintangi neraka pada hari kiamat): mmbuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjamaah.

7. Hak kpd Malik(malaikat penjaga neraka): menangis lantaran takutkan ALLAH s.w.t, berbuat baik kpd ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.

8. Hak kpd Ridhzuan(malaiakt penjaga syurga): merasa redha kpd qadha’ ALLAH, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat ALLAH dan bertaubat dr melakukan maksiat.

9. Hak kpd Nabi MUhd SAW: berselawat ke atasnya, berpegang dgn syariat, bergantung kpd al sunnah (hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dlm mencari kelebihan dari ALLAH.

10.Hak kpd ALLAH s.w.t: mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Kenapa Tak Rogol Saya?

Kisah benar ini berlaku di US.

Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.


p/s : MORAL CERITA INI???

Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku...
semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...
sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….

semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam…….

Maafkan Saya.....

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.

Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut. "Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.

Pada hari yang Pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.

Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.

Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.

Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.

Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.

Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.

"Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda"





Doa Seorang Kekasih

Ya Allah....

Seandainya telah engkau catatkan... Dia milikku tercipta buatku... Satukanlah hatinya dengan hatiku... Titipkanlah kebahagian antara kami.... agar kemesraan itu abadi...

Dan ya Allah... ya tuhanku yang maha mengasihi... Seiringkanlah kami melayari hidup ini... Ketepian yang sejahtera dan abadi...

Tetapi ya Allah... Seandainya telah engkau takdirkan.... dia bukan miliku... Bawalah ia jauh dari pandanganku.... Luputkanlah ia dari ingatanku... Dan peliharalah aku dari kekecewaan.... Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti.... Berikanlah aku kekuatan... Melontar bayangannya jauh ke dada langit... Hilang bersama senja nan merah.. agarku bisa bahagia... Walaupun tanpa bersama dengannya...

Dan ya Allah yang tercinta... Gantillah yang telah hilang.... Tumbuhkanlah kembali yang telah patah... Walaupun tidak sama dengan dirinya... Ya Allah ya tuhanku... Pasrahkanlah aku dengan takdirmu... Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan... Adalah yang terbaik buat ku.... kerana engkau maha mengetahui... Segala yang terbaik buat hamba Mu ini...

Ya Allah... Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku... Di dunia dan di akhirat... Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini... Jangan engkau biarkan aku sendirian... Di dunia ini mahupun di akhirat... Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran...

Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman... Supaya aku dan dia sama2 dapat membina Kesejahteraan hidup...

Hamba-Mu

Kata-Kata Hikmat bagi CINTA...

Hawa; dijadikan dari rusuk kanan Adam. Bukan dari kepalanya untuk dijunjung. Bukan pula dari kakinya untuk dijadikan pengalas. Dari sisinya untuk dijadikan teman hidup; dekat dengan lengan untuk dilindungi, dekat dengan hati untuk dicintai..

kebahagiaan dan kesedihan kita milik Allah... diri kita, suami kita, ank2 kita dan semuanya adalah milik Dia Yang Esa.... Berdoa dan bermunajatlah... semoga kita menjadi umatnya yang soleh.......amin.

memahami kita x mungkin leh br kan kita kbahagian..... x cukup hny dgn memahami kita dlm sesuatu phubungan....jika msh ada cinta n syg dihati kita utk si dia pasti kita blh mcari jalan pnyelesaian......
Rabu, Julai 14, 2010

"Balik kampung...OOO..baalik kampung..!!!

Seronoknya balik kampung...MAK nantilah kepulangan anak mu ini...hehehe... Sebulan saya tak balik kampung..apa cite ngan anak sedara serta adik2 saya nie... Tapi malam nie saya kena kerja...sampai esok pagi...12 jam kerja...nak buat cam manakan..dh ini yang saya pilih...

Guyz..!!! sekarang nie musim durian kan...haaaa...kat kampung saya sekarang nie pun musim durian...agak2nya mak saya simpan tak durian untuk saya ek... harap2 mak ada simpan kan durian untuk saya....mak ada cakap kalau tak ada durian maksudnya kalau durian dah abis saya kena mintak ngan mak ngah saya...saya harap mak ngah ada simpan sikit untuk saya...hehehe....nak bawak balik KL macam takde harapan je...tengok la dulu cam mana kalau2 ada lagi saya akan bawak balik untuk rakan2 kat pejabat nie...

Guyz...have something to do...

Have a great day...MUAHHH!!!!!!!!
Selasa, Julai 13, 2010

"Kesedihan"

Hati sedih takda sapa yang tahu....nape boleh jadi sedih??? Mesti ada sesuatu yang menyebabkan kesedihan ini kan...Ada kesedihan yang disebabkan kegembiraan..ada kesedihan disebabkan hati disakiti... Pernah tak kamu mengalirkan air mata disebabkan kesedihan??? Mana2 yang tak pernah mengalirkan iar mata kerana kesedihan saya memang salute dengan die sebab die kuat menahan air mata daripada mengalir jatuh ke bumi...saya rasa tak banyak yang dapat menahan air mata daripada jatuh kn...sekuat mana pun seseorang tue adakalanya mesti air mata akan jatuh jugak...betul kan....

Kadang-kadang kita sedih sebab orang lain sakitkan hati kita...ada kala kita sedih sebab ada orang pandang macam ada sesuatu yang salah je yang tengah berlaku...padahal takda pape pun...tapi sebab pandangan mereka tu yang membuatkan kita terpikir ape sebenarnya yang berlaku nie??? saya pon tak paham kenapa...saya penah jugak terasa macam tue...saya memang tak suka orang tak suka saya...saya suka buat orang suka saya...tapi kalau dah dapat tahu orang tak suka kite memang sedih giler.....nak buat apa pon tak boleh...

kadang2 apa yang kita kita ingini tapi tak dapat dimiliki juga akan menyebabkan berlakunya kesedihan..lebih2 lagi apabila sesuatu yang kita ingini tu memang sangat2 diharapkan...kalau tak dapat mestilah sedih kan...mula la air mata meleleh...

Tapi saya percaya satu perkara...air mata yang sering kali mengalir tanpa diduga akan InsyaAllah...kegembiraan yang berlipat ganda yang akan kamu dapat... InsyaAllah...jadi bersabarlah...InsyaAllah...Allah ada sesuatu untuk kita...biar kita menangis sekarang jangan kita enangis kemudian hari....

Have a great day....MUAH...!!!!1

rindunyer....

Kamu semua rindu pada orang yang tersayang tak??? yang tak ada perasaan rindu tu saya tak tahu die jenis orang yang macam mana...takde perasan kot...takkan ada orang yang macam tu kan...kita dilahirkan di dunia ni mempunyai perasaan...dan perasaan tu lah yang menyerikan hidup kita sehari harian...kita kena percaya sebab memang itu lah kenyataan...Allah dah adikan kita dengan pelbagai perasan...sayang..rindu..sedih...gembira..ada beribu-ribu lagi perasaan yang ada pada setiap orang...

Apa yang kamu rasa sekarang nie??? rase sakit hati??? atau rase gembira...??? Kalau saya pulak apa yang saya rasa sekarang ini adalah saya rasa tak sabar nak balik kampung saya yang kat Johor tue...saya nak jumpa mak saya...anak sedara saya...adik-adik saya...lama saya tak jumpa mereka semua... saya rindu sangat2 kat mereka...inilah kesan masa panjang yang saya perlu terima sebab duduk berjauhan dengan family saya...huhuhu...tapi saya bersyukur dengan ketentuan yang telah ditentukan Allah untuk saya...setiap orang rezeki mereka berlainan...Jadi...bersyukur la dengan apa yang anda ada sekarang...

Tapi...itu semua bukan alasan pada saya..pada saya walaupun duduk berjauhan dengan family tak bermakna kita lupa keluarga kita dikampung...Yang lupa atau tak ada masa nak balik jenguk family dikampung dengan alasan sibuk memang tak boleh diguna pakai...orang lain pun sibuk jugak tapi boleh je balik kampung...itu semua atas diri sendiri...nak dan tak nak je....
Isnin, Julai 12, 2010

"kemenangan"

kamu nak menang tak??? semua orang nak menang...sama la ngan saya...saya suka kepada kemenangan...tapi kemenangan yang saya ingini mesti la dengan cara yang betul dan adil...tahu macam mana nak meraih kemenangan???? saya pon tak tahu macam mana cara nak meraih kemenangan...pada saya kemenangan yang perlu diraih mesti lah atas usaha sendiri...ada jugak yang dapat kemenangan melalui cara yang mudah...ada jugak yang dapat kemenangan dengan usaha dan kerja keras yang berlipat ganda...

Sekarang ni musim piala dunia...semua orang ada pasukan kegemaran sendiri...lagi la malam tadi final antara Netherland dan Spain...keeputusannya Spain menang perlawanan dan berhak mendapat kemenangan dan menjulang Piala Dunia...Tahniah Spain... Menyentuh kepada kemenangan yang diraih Spain...memang patut mereka menang sebab mereka telah melipat ganda kan usaha untuk mendapat kemenangan...inilah hasil mereka...memegang gelaran juara untuk Piala Dunia 2010...

Bagus...kalau saya pulak bila saya berjaya mendapat sesuatu yang saya ingini itulah kemenangan bagi saya...

Have a gtreat day.....MUAHHH..!!!!!
Ahad, Julai 11, 2010

"bahagia"

setiap orang mempunyai hak untuk mendapat kebahagiaan...tapi bila masanya nak dapat kan kebahagiaan itu??? kebahagiaan dan kesedihan semua tu perlu dicari yang penting cara kita mendapat kan kebahagiaan dan menyelesaikan masalah yang menyebabkan kesedihan...tapi macam mana????

saya kongsi bersama-sama ngan anda...pada saya kebahagiaan bagi saya adalah keluarhga saya...sejak arwah ayah saya meninggal perkara yang berada dikepala saya adalah keluarga baru diri sendiri...saya nak bahagiakan keluarga lepas tu baru kebahagiaan sendiri...ramai yang cakap kenapa Haida belum kahwin lagi???? Jawapan saya senang sahaja...Kebahagiaan saya adalah family saya...jika family saya bahagia InsyaAllah saya juga akan turut bahagia...bab kahwin buat masa nie saya jadikan ranking saya yang no 2...lagipon saya ada 2 orang adik yang masih kecil yang perlukan bantuan untuk memandu mereka ke jalan yang elok untuk masa depan mereka... Saya mahu lihat mereka berjaya...InsyaAllah...Lepas mereka menjejakkan kaki ke alam yang lebih elok untuk hidup mereka baru saya akan pikir untuk diri saya sendiri...
InsyaAllah....

saya kesian ngan mak saya...sejak arwah ayah meninggal tahun lepas mak tinggal keseorangan...nasib baik ada cucu dia boleh jugak mak saya hilangkan kesunyian dia...anak-anak semua duduk jauh...saya lah yang paling jauh...kesian mak saya... saya nak bahagiakan mak saya dulu...itu kebahagiaan utama bagi saya sebagai anak..saya nak berbakti kepada mak saya...say nak balas semua jasa baik mak saya dengan membahagiakan mak saya...

kamu semua yang masih ada ibu bapa bahagiakan la ibu bapa kalian selagi mereka masih ada disisi anda....hargai mereka...InsyaAllah..kebahagiaan hakiki akan kita kecapi...InsyaAllah....

Have a great day...MUAHHH.....
Sabtu, Julai 10, 2010

"sabtu yang indah"

Kerja sabtu memang seronok sebab call tak banyak sangat...jadi kami yang ada di workstation ni menghabiskan masa dengan berborak and berborak...heheeh....kadang2 ader yang tertidur sebab call memang tak banyak...sabtu dan ahad memang waktu hari bulan madu bagi CSR di DIAS ni...tapi kalu hari lain jangan cakap...call memang banyak...sampai ada customer yang ngadu napa CSR TM tak jawab call.... bukan kami tak jawab call tapi kami memang sibuk menjawab call dari pelanggan yang lain yang lebih dahulu tiba kepada kami...jadi kami mintak sangat kalian semua faham situasi kami sebagai CSR...hehehe

kalau hari sabtu ni kami sebagai staff TM tak terikat sangat dengan peraturan...memang la kena berpakaian formal sabtu dan ahad...tapi ada jugak yang sempoi...hari sabtu dan ahad mana da bos nak marah kalau kita pakai sembarangan...hehehe...tapi kena menepati la..jangan la terlampau sangat sampai oranmg tengok pon macam nak terkeluar bijik mata....faham kan maksud saya...heeheh....kasual dress la kena pakai....

nanti sambung lagi yer...saya ada kerja sikit nak buat...

have a gtreat day...muahhhh!!!!!!
Jumaat, Julai 09, 2010

pelanggan oh pelanggan!!!!

Customer always right....yup...but certain2 part customer tak right sebenarnya...hehehe...sapa2 yang jadi customer TM jangan marah ea...heheeh....its depend on the situation... nak jadi customer service memang perlukan kekuatan mental sebab kita akan jumpe pelbagai jenis perangai customer..ade yang baik, ade yang sinis...ade jugak yang call operator je nak marah2...sampai x bagi peluang langsung kita si operator ne nak bersuara...ishish....banyak jumpe customer perangai seumpama ini....ape yang penting....bersabar banyak2..secara tidak langsung kita yang dulunye ne suka marah2 lepas jadi customer service TM terus je jadi wanita dan lelaki yang sabar...itu sumer berkat kesabaran....Allah bagi kita kekuatan...jadi pergunakan ia dengan sebaik2nya...

saya ada pengalaman dengan seorang pelanggan nie tau...die call je nak marah2....dia rasa apa yang dia cakap tu sumenya betul...geram jugak saya ne..tapi sebagai customer service saya tak boleh marah2 ngan customer...kami dah dilatih untuk mendengar apa masalah yang dihadapi customer dan selepas itu baru la kita selesaikan masalah tersebut....jangan meninggikan suara ngan mereka sebab perbualan kami dirakam...itu lah alasannya kenapa kami kena lemah lembut bercakap ngan customer...at last masalah tu selesai....

Nak rasa kerja macam nie???? cuba la...kalau bukan kat TM ada lagi contact centre kat Malaysia ne...cuba rasa dan letak kan diri anda ditempat kami sebagai customer service....

Have a great day...MUAH....!!!!!

" SELAMAT PAGI...HAIDA BERCAKAP BOLEH SAYA BANTU"

haaa....ne la ungkapan lazim yang hari2 saya gunakan dalam duti saya hari2... dah naik hafaz dh...hehehe....saya janji nak bagi tahu saya kerja bahagian manakan....ok...keje saya sambungkan talian...kamu semua ingat tak line yang mana satu???? Apee???? Lupe..???? heheh...gertak je... saya bahagian 101..kerja saya hari2 adalah menyambungkan panggilan pelanggan ke dalam negara dan luar negara..Nama department saya ne DIAS atau pun Domestic and Internation Assistant Services.... hari2 saya jawab call, sambungkan talian dan selesaikan masalah yang dihadapi pelanggan2 TM...mula2 kerja memang saya terketar2 mulut nak cakap ngan pelanggan tapi berkat pengalaman yang diberikan oleh "BUDDY" saya masa tu..(kak farah)..die memang banyak beri saya tunjuk ajar. Saya bersyukur la sebab dapat die jadi Buddy saya...die paksa jawab call...huhu...nak menagis pon ader tau...tapi memang die seorang pengajar yang sangat bagus pada saya..kalu tak saya tak yakin jawab call...untuk Kak Farah..Thanks a lot teach me to be good customer service...MUAHH...





"masuk contact centre"

Gementar nie....Allah je yang tahu perasaan saya masa pergi melawat tempat kerja saya...agak sukar la nak faham system kat sini. Pening jugak la tengok ngan banyak betul benda yang kena belajar... bagi mereka-mereka yang dah lama keje memang pakar dah daam hal-hal nie... darah gemuruh saya nie....tapi takpe semua tu kena belajar...tak belajar mana kita nak tahu kan... "be a good girl haida"....

Lupe nak cerita sesuatu pasal kerja saya ne... kalu kamu sume perasan la TM ada bagi kod telefon kalau nak berhubung dengan Customer Service TM...TM ade 100, 101, 103, 999 dan banyak lagi... Kalau 100 ni biasanya untuk customer yang mempunyai masalah tentang bil, bayaran bil, telefon rosak, streamyx problem dll... 101 ni pulak untuk sapa2 yang nak buat penyambungan talian sama ada keluar negara atau dalam negara...saya bagi contoh kat sini kalu kamu nak buat panggilan ke United Kingdom ada CSR yang akan sambungkan talian kamu...103 pulak untuk panduan telefon. Kalau nak nombor telefon tempatan kamu boleh mintak kat 103 ye... jangan salah tau...hehehe... yang paling penting adalah line 999...ini hanya untuk kecemasan sahaja tau...kalau bukan kecemasan kamu sume kena refer kepada bahagian selain line 999... kalau kamu sume call jugak 999 kamu akan dikenakan tindakan tau...takut saya....

Dimana tugas saya????? kita tunggu episod yang seterusnya...hehehe...
have a great day...muahhh!!!!

15 May 2010

Setiap manusia rezeki mereka berlainan...saya bersyukur sebab dapat kerja yang saya ada sekarang...biar pon kata orang keje ni tak berbaloi dengan ijazah sarjana yang saya ada sekarang dengan kerja yang memang lari dengan bidang yang dipelajari...tapi tak pe la...rezeki yang Allah turunkan semuanya halal...kita yang diamanahkan untuk melaksanakan keje tu yang akan menentukan sejauh mana kita akan pergi...dan sejauh mana kita mencari keberkatannya...

Tentu tertanya-tanya pekerjaan apa kah yang saya sedang saya lakukan sekarang ini... Bukannya senang nak dapat kerja pada zaman sekarang ni. Keje ni pun dah cukup bagus saya fikir sebab saya tak lagi menjadi "penanam anggur yang berjaya" di kampung...heheh....banyak dh borang dan interview saya isi dan saya pergi kat kawasan Kuala Lumpur dan Selangor ni tapi alhamdulillah memang Allah dh tetapkan rezeki untuk hambaNya yang bersabar...

Saya dapat interview untuk jawatan Customer Service di Telekom Malaysia Berhad. Semangat memang berkobar-kobar nak dapat kerja...Al-maklum la masa tu memang ngah terdesak nak dapat kan kerja...syukur sangat2 sebab Allah bagi peluang saya untuk berkerja....

dalam hidup ape yang penting adalah kesabaran...yang mana belum dapat kerja tetap berusahalah...InsyaAllah rezeki kita telah ditentukan Allah...berusahalah...Allah suka orang yang suka berusaha tau....

see u all for the next meetings...have a gteat day...muahhhh..!!!!

03 MAY 2010 " MY NEW JOB"

hari ni hari pertama aku memulakan kerja pertama saya selama saya hidup ni...hari ni kena training selama seminggu...hari yang sangat best sebab kawan2 yang baru dikenali cukup sporting dan boleh dibawa berkawan...

Telekom Malaysia Berhad merupakan satu nama yang sangat gah di Malaysia...Bukan sahaja di Malaysia TM juga sudah dikenali diluar negara sebab....(rahsia)...akan saya ceritakan kemudian sebab saya belum rase macam mana rasanya bekerja sebagai staff TM ni...

Hari pertama training saya didedahkan dengan Human Resources, TM Product dan macam2 lagi... Hari kedua masih dengan TM Product dan juga Quality Assurance... Kenapa mesti ada Quality Assurance ne???? Jawapannya senang je...nak dapat kan nama yang gah dipelusuk dunia quality perlulah dijaga kan....betul tak???? tapiii.... ape sebenarnya kerja saya ni??? hhaaa.... kenapa Quality Assurance tu penting dalam kerja saya ni??? Nanti saya cite ape sebenarnya kerja saya kat kamu sume....TUNGGGUUU...!!!!!