Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Enjoy Song

Jumaat, Mac 10, 2017

Nur Aliyah Sajidah



* Welcome to the world my baby

* You such a wonderful gifted Allah gave to ummi & abi

* Name of Nur Aliyah Sajidah was given to you

* Be strong to face the real life

* Be strong to stay with ummi & abi

* Both of us love you so much

* Thanks to Allah gave us a beautiful baby like you

* May Allah always bless you





Admin

Haida @ 10.40am




Khamis, Disember 15, 2016

She' A Girl


Salam semua...

Al-kisahnye macam ni. Pada awal kehamilan dah plan dengan suami tak nak scan jantina baby sebab nak buat kejutan. Mula-mula mengandung memang kata tak payah. Aku & suami steady je la tak nak scan. Masa decide tak nak scan tu kandungan aku dah masuk 4 or 5 bulan jugak la.

Pergi jalan-jalan beli barang baby masa kandungan dah masuk 7 bulan. Masa tu nk beli barang baby macam tak rasa excited. Beli barang pon sikit je.

Cakap ngan suami nak scan baby. Suami aku ikut je la. Niat awal tak nak scan perut tak jadik pulak asbab tak tahan nak tahu jantina baby.

Kami ke Klinik Sofea yang terletak di Puchong Utama. Scan 4D dia RM80 je. Boleh dikatakan murah jugak la.  Excited sangat2 bila doktor kata baby tu perempuan. Sebenarnya tak la kisah sangat baby jantina ape cuma bagi nak memudahkan proses pembelian baju. Takut nanti kalau beli baju baby warna pink skali keluar boboiboy plak cam mane tu.

Dah selesai scan masih jugak tak puas hati aku ni. Doktor kata perempuan tapi aku tak nampak pulak kat scan tu lelaki ke perempuan. Doktor lagi pakar kena percaya.
Setiap kali buat rawatan mengandung kat klinik kesihatan, mesti aku minta doktor tu scan perut & tanya boleh nampak jantina ke tak. Mestila doktor cakap ikut scan klinik yang aku buat hari tu. Tak pe la kita follow je. In Shaa Allah.

Aku share sikit baby scan yang aku buat.
  








Thanks sebab sudi membaca...

Admin
Haida




Sabtu, Disember 10, 2016

Menunggu Hari....


Assalamualaikum...

Baru sekarang dapat masa free update blog nie. Syukur Allah bagi kudrat untuk aku berkongsi pengalaman. Sekarang ni sebenarnya dah bersalin pon 21.09.2016 cuma aku belum lagi nak bercerita tentang kelahiran bayiku. Kelahiran bayi aku akan ceritakan di entry yang seterusnya ye...

Bercerita tentang menunggu hari-hari nak melahirkan baby nie buat hati setiap bakal ibu tu gemuruh tak tertanggung. Nak lari kemana lagi. Dah tak boleh nak elak lagi dah. Kena juga menghadap proses kelahiran tu nanti. Macam la kes aku ni. Excited tu memang la kan. Sapa yang tak excited dapat anak. Anak pertama pulak tu kan. 

Kata orang masa menunggu hari2 nak bersalin ni la macam-macam nak makan. Kalau tak makan nanti lepas bersalin dah tak boleh makan suke-suke hati lagi dah. Lepas bersalin semua kena catu bab-bab pemakanan. 

 Dalam tempoh menunggu kelahiran bayi aku ni macam-macam makanan yang aku sebat. Contohnya, sate daging. Orang cakap jangan makan banyak sangat sebab takut ada darah tinggi. Tapi syukur alhamdulillah sepanjang makan sate yg banyak tu tekanan darah maintain je. Bacaan HB pon mantop. 12.0 ke atas. 

Pastu aku suka minum air laici. Berdozen-dozen stok kat umah tu. Macam orang ketagih air laici orang cakap. Dalam internet tak ada dibagitahu samada air laici ni baik ke tak kalau minum masa mengandung. Orang takut kite kena kencing manis sebab kandungan gula yang tinggi. Tapi bila aku kaji sikit bauh laici ni baik untuk meningkatkan pengeluaran sel darah merah. 

Dalam tempoh menunggu saat-saat kelahiran jugak aku suka minum air kelapa. Air kelapa memang bagus la kalau minum dah nak akhir2 minggu bersalin tu. Khasiat dia air kelapa ni membantu badan kita daripada dehidrasi. Masa mengandung badan ibu perlukan air yang banyak. Jadi air kelapa ni sangat2 membantu. 

Tu antara kegemaran aku masa nunggu nak bersalin. Alhamdulillah takdela susah sangat nak nak cari. Nak sate daging aku g Puchong Night Bazar. Nak Air laici g pasaraya. Nak air kelapa on the way balik kerja ade jual kat tepi jalan. Nak tak nak singgah je. 

Ok la sambil-sambil nunggu hari ni dok berdebar-debar je kan. 
kite layan debaran ni dulu
Next kite gi entry seterusnye
Selamat membaca

Blanje sikit gambar mase pregnant..poyo jer...

 






Admin
Haida Wahab

Isnin, Julai 11, 2016

~Tanda-Tanda Kehamilan~


Tiga tanda kehamilan dibawah ni memang jelas ada pada aku.
Kalau orang lain aku tak tahu tapi kalau aku memang ni la yang berlaku sebelum aku disahkan mengandung:

1. Peningkatan Selera Makan
2. Perubahan Bentuk Badan
3. Kekerapan Membuang Air Kecil

Simple je kan tapi alhamdulillah Allah nak lindung aku dari kemudaratan. Allah bagi sikit je tapi perbezaan dia orang lain yang nampak bukan diri sendiri.

Kalau korang ada tanda-tanda kehamilan yg lain dari yg lain boleh la share ngan aku.
Manalah tahu pregnant no 2 nanti tanda-tanda lain plak yang muncul...hahahha...

Thanks sebab membaca entri ini
See U next time

Assalamualaikum

Admin
Haida Wahab


11.07.2016 @ 4.47pm

~Moment Kehamilan~


Aku disahkan hamil ketika usia perkahwinan aku mencecah 2 bulan. Masa dapat tahu hamil usia kandungan tu dh 9 minggu / 2 bulan. Memang terkejut sebab disahkan hamil awal dan masa tu memang aku tak tahu pon yang aku ni dah memang hamil sebab sintom-sintom orang perempuan hamil x banyak kena kat aku.

Nak dijadikan cerita semuanya daripada rakan sekerja yang perasan perubahan yang jadi kat aku padahal aku memang tak rasa yang aku ni hamil. Kebetulan memang aku ni kalau datang bulan memang lambat dan suami aku pulak ada sakit kencing manis jadi tak jangka kehamilan itu berlaku seawal ini.  Allah nak bagi rezeki kan jadi aku kena bersyukur dengan anugerah ini.

Perubahan ketara kawan-kawan perasaan bila aku asyik makan kat pejabat. Biasanya dorang perhatikan aku akan makan sekali je waktu tengahari makan merangkap makan sampai petang tapi kali ni dorang cakap aku makan siap beli 2 jenis makanan. 1 jenis makan utk sarapan & 1 jenis lagi utk tengahari. Aku rasa normal je sebab memang nak makan jadi takde la syak ape-ape.

Ade akak yang paling senior dan dah berumur bagi tahu yang aku memang mengandung sebab bentuk badan aku dari bahu ke bawah ada nampak perbezaan. Aku tak nak ambil serius dengan apa yang akak tu cakap. Cuma aku ade rasa nak check pregnancy kot-kot memang mengandung. Seminggu lepas budak pejabat cakap macam tu aku pon beli la set pregnancy test tu tapi aku tak terus buat test.
Aku biarkan dulu dalam seminggu sebab aku tak nak kecewa bila beria-ia check rupanya tak hamil.

Susah jugak nak cari kekuatan buat test hamil ni. Aku diberitahu kalau nak buat test hamil kena air kencing yang pertama tu letak dalam alat ujian. Bukan main payah aku bangun jam 5 pagi sebab nak buat test hamil tu. Berdebar-debar hanya Allah je yang tahu. Aku tak boleh nk bayangkan perasaan aku masa tu. Bila bacaan test tu terus berdesup naik hingga line yang kedua aku terduduk seketika. "Aku Pregnant ke...?"
"Aku Pregnant ke ni...?"
Aku bukan cakap aku tak percaya yang aku hamil tapi perasaan was-was dan bimbang jika test yang aku buat ni bukan keputusan yang sahih. Aku decided nak buat ujian makmal.  Jadi aku pergi ke Klinik Kesihatan Sendayan buatlah ujian makmal. Keputusannye "POSITIF" yang aku memang mengandung. Alhamdulillah. Suami adalah orang yang paling gembira dan terkejut. Kami happy sebab tak lama lagi kami akan menjadi Umi dan Abi kepada anak kami yang bakal lahir pada 30.09.2016... In sha Allah...

Sekarang ni kandungan aku dah mencecah 7 bulan. Lagi 2 bulan je menunggu masa kelahiran anak kami. Memang excited sangat-sangat sebab Allah bagi peluang aku merasa jadi seorang isteri, wanita dan seterusnya menjadi Ibu kepada anak-anak kami. Syukur Alhamdulillah.

Ok la korang nanti next entri aku nak tulis pasal sintom-sintom kehamilan mengikut pengalaman aku. Bye korang... 

Assalamualaikum

Admin
Haida Wahab

11.07.2016 @ 3.32 pm

Sabtu, Mac 19, 2016
Assalamualaikum semua...berjumpa semula setelah sekian lama menyepikan diri. Sebelum ni saya agak sibuk menguruskan banyak benda yang penting berlaku dalam hidup saya. Saya sibuk menguruskan majlis perkahwinan yang telah berlangsung pada 11.12.2015. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Syukur pada Allah.

Saya perkenalkan dengan rasminya ini adalah suami saya. Nama dia Khairul dan berumur 35 tahun. 





"SEJARAH PERKENALAN"

Kami berkenalan dan merupakan kawan biasa saja pada awalnye. Sejak tahun 2006 kenal dengan suami. Mase tu masing-masing masih muda dan tak pernah terfikir untuk kearah yang lebih serius dalam perhubungan. Bila lost contact pon kami tidak mencari. Cume saya pada masa tu tertanya2 la kemana dia menghilang. Dekat sebulan jugak la tak berhubung dengan dia. Dan dalam proses saya berkawan dengan suami pon saya sudah mempunyai teman lelaki. Jadi tak pernah nak menganggap serius sebab kena jaga hati pihak lain. huhu...


"CINTA TAK KESAMPAIAN"

Kenal dengan bekas teman lelaki pada tahun 2006. Masih tu saya menuntut di UiTM Shah Alam Selangor. Jodoh kami tak panjang disebabkan beberapa faktor. Orang tua-tua cakap bila kita nak hubungan kekal bahagia kena mendapat restu kedua-dua orang tua. Baik sebelah lelaki atau perempuan. Saya akuai abah dan mak saya restu dengan hubungan tu dan mereka suka dan selesa dengan bekas teman lelaki. Kalau sebelah pihak je yang restu tapi sebelah pihak lagi tidak baik tak payah teruskan hubungan tu. Pada awalnya saya memang buerhubung baik dengan ibubapa bekas teman lelaki. Ayah dia seorang yang low profile dan baik. Emak dia pon baik jugak tapi mulut mak dia tu yang tak bleh tahan sebab suka berleter. Itu saya tak kesah sangat biasalah orang tua kalau tak berleter memang tak sah. Nak dijadikan cerita, masalah berlaku ada kaitan dengan kakak dia. Kakak dia tak suka kat saya itu pun sebab saya dan bekas teman lelaki bertukar-tukar handphone. Bila kakak dia tahu habis la saya kena serang dengan kakak dia sebab handset yang adik dia guna tu kakak dia yang beli. Macam-macam kakak dia cakap kat saya. Kakak dia pernah cakap dengan saya beberapa perkara:-
 i. Kenapa nak kawan ngan adik dia sedangkan saya lulusan ijazah boleh cari orang yang lebih baik dari adik dia. Jawapan saya mudah saje. Saya berkawan dengan orang ikhlas dan tak pernah nak tengok latar belakang family. Kalau saya nak sangatjurute ra ke atau lawyer saya boleh cari tapi masalahnya saya pilih adik dia. Tu pon akak dia tak boleh fikir ke. Tak pernah nk bersyukur yang ada orang nak kat adik dia yang OKU tu. (Sorry la x bgtahu yg bekas teman lelaki tu pemegang kat OKU)

ii. Kakak dia tak suka barang dia orang lain gune. Dia ingat saya heran ke nak tukar-tukar handset ni. Ni sume idea adik dia nk tukar handset bukan idea saya. Ni sume mulut anak kakak dia yang macam mulut tempayan tu yang bgtahu mak dia. 

Lepas insident gaduh besar ngan kakak dia saya pon report la kat bekas teman lelaki ni yang kakak dia serang saya malam tu. Gaduh besar kot dia ngan kakak dia. At last ape yang jadik ngan handphone tu, adik dia baling kat dinding habis berkecai. Sejak dari kes gaduh tu la mak dia macam dingin dengan saya. Bila saya datang ziarah mak dia kat PD tu mak dengan memang taknak cakap langsung dengan saya. Malah mak dia salahkan saya anak-anak dia sampai bergaduh. Tengok..saya jugak yang salah. 

Daripada kes ni la saya rasa saya patut fikir balik tentang hubungan kiteorang. Kalau mak dia tak restu mana nak dapat kebahagian yang saya nak. So saya rasa lebih baik saya undur diri. Hubungan kami berakhir awal tahun 2009 dan pada masa tu saya lepas gred. 3 tahun bercinta dan memang membuang masa. 


"PROPOSE SI DIA"

Dalam tempoh saya masih berhubungan dengan bekas teman lelaki tu saya berkawan dengan suami saya. Masa tu memang tak serius dan suami pon tahu saya ada teman lelaki. Bila saya putus dengan teman lelaki saya bagitahu suami yang kami dah takde pape hubungan lagi. Saya free untuk berkawan dengan sesiapa sekarang ni tanpa perlu menjaga hati sesiapa pun. 

Saya single sehingga bulan Oktober kalau tak silap saya. Lepas tu saya dengan suami sah menjadi pasangan kekasih. Macam mana boleh jadi pasangan kekasih ek??? Jeng..Jeng..Jeng...
Suatu malam yang sepi. Dia di Gemas dan saya di Kluang, hanya melalui telefon tanpa pernah bersemuka dua mata saya bertanya pada dia. "Awak, nak couple ngan saya tak"?...dup dap dup dap tunggu jawapan dia. Dia diam je. Saya pon tanya lagi "Kita couple nak tak"???... Masa tanya tu Allah je yang tahu perasaan saya. Ape yang saya dah buat ni. Perempuan ajak couple kat lelaki??? Oh My God!!!! 
Dia pon bagi jawapan "Nak..." Haaa...saya punya gembira masa tu sebab jawapan dia positif. Sebelum saya berhubung lebih jauh dengan dia ni saya kena berterus terang dengan dia siapa saya, asal keturunan saya yang saya ni bukan melayu tulen (Saya darah campur melayu+orang asli). Saya cakap dengan dia kalau lepas saya cerita semua dan dia taknak berkawan lagi dengan saya lagi, saya terima sebelum hubungan menjadi lebih seruis. Lepas dia dengar cerita saya dia diam je. Kemudian dia cakap "Maafkan saya, saya tak boleh terima awak"... Saya tak terkejut pon baguslah kalau dia tak nak awal-awal. Jawapan tu saya memang dah agak akan keluar dari mulut dia. 
Sebelum saya letak telefon tu dia panggil saya. Dia cakap " Awak...saya main-main je la...saya terima awak seadanya" Ya Allah Ya Rabbi... dia main-main dengan saya??? Lagi sekali saya bersyukur sebab Allah hantar dia untuk jadi peneman saya.  


"DUGAAN"
Orang dah cakap bercinta lama-lama ni banyak dugaannya. Macam tu la saya dengan suami. Bercinta jarak jauh ni memang banyak halangan. 3 tahun pertama bercinta memang Allah uji semahu-mahunya. Kalau tak tahan memang hai hai bye bye le jawabnye. Tapi syukur la Allah jaga hubungan ni walaupon pada dasarnya memang tak dapat diselamatkan. Tapi Alhamdulillah jodoh kami kuat kot...hihihi...


"BERTUNANG"

Pada tarikh 22.12.2012 kami mengambil keputusan untuk mengikat tali pertunangan. Alhamdulillah. Mak saya boleh terima dia walaupun baru 2 kali jumpa. 2 kali jumpe jer??? 1st suami hantar saya balik johor sebab saya kena chicken pox and 2nd time ni la masa tunang. hihihi. Dramatic tak??? Ikat 1 tahun setengah ikut perancangannya. 





"BESTNYE KAWINN"

Tarikh keramat telah dipilih. Dua hati bakal disatukan didalam satu majlis yang serba sederhana. Tanggal 11.12.2015 saya dan dia telah sah bergelar sebagai suami isteri. Ranjau, liku-liku, duri, pahit & manis semua kami dah tempoh. Bertunang selama 2 tahun setengah walaupun jangka masa kahwin tu lari sikit dari tarikh yang dijangkakan tapi takpe lah yang penting dia dah halal untukku. 

Cuci-cuci mata sikit gambar sekitar majlis nikah dan bersanding...
















"KEHADIRAN ORANG KETIGA"

...Siapa la orang ketiga tu???
...Happy Mummy to be for me!!!!
...Yeaaaahhhh!!!
...Wow!!!!!
...Thank you Allah for giving me a chance to become a mother
...Still can't believe it once pregnancy test shown 2 lines
...Confirmed after done laboratory test & its shown positive result
...Most people said it to short having a child after 3 month marriage
...But for me its a bless from Allah S.W.T
...Anak adalah anugerah Allah
...Anak adalah rezeki Allah
...Tak baik menolak
...Orang luar sana ramai nak anak tapi Allah belum makbulkan
...Bila Allah dah beri peluang dan anugerah kena terima dan jaga
...Now I almost 13 weeks pregnant

Thank You Allah!!!
Thank You Allah!!!
Thank You Allah!!!

Thank You Allah!!!
Thank You Allah!!!

Thank You Allah!!!





Admin: 
Haida Wahab

19.03.2016 @ 6.26pm








Jumaat, Ogos 14, 2015

Kenapa Perlu Professional Ketika Bekerja?




#Kepada sesiapa yang berkhidmat sebagai pegawai khidmat pelanggan atau staff khidmat pelanggan atau dalam bahasa inggerisnya Customer Relation Officer atau pun Customer Service Representative or Professional mesti sudah diterapkan dan dilatih supaya bersikap professional ketika berurusan dengan pelanggan.
#Disini saya ingin kongsi sedikit pendapat tentang sikap bekerja sama ada bekerja di sector awam atau sector swasta. Melalui pengalaman dan pemerhatian sendiri yang mana saya rasa tak elok saya akan kongsikan disini dan solusi yang saya rasa perlu untuk penambahbaikan. Macam pakar pulak saya ni kan. Tak pe la kan. Kalau anda nak baca boleh teruskan membaca dengan harapan kita perbaiki diri sebab ‘first impression’ pelanggan datangnya dari kaunter atau pun operator jika melalui telefon.
#Pengalaman saya bekerja sebagai Customer Service Professional di Telekom Malaysia Berhad (TMB) selama 4 tahun mungkin dah cukup untuk saya berkongsi pengalaman.
#Saya mula bekerja dengan TMB pada 05 Mei 2010 dan jawatan saya ketika itu adalah sebagai Customer Service Representative dan saya diletakkan dibawah bahagian Direct International Assistant Service (DIAS). Berkidmat dibahagian ini selama 6 sebelum saya ditukarkan ke bahagian lain. Sebelum saya dimasukkan ke Bahagian tersebut saya telah diberikan latihan yang terperinci sebagai persediaan saya sebelum saya dibenarkan untuk “go life”. “Go life” bermaksud ready untuk menjawab panggilan. Saya bertugas sebagai operator di Bahagian DIAS ini dan tanggungjawab saya adalah menjawab panggilan dari pelanggan TMB yang mana mahu menyambungkan panggilan dari Malaysia ke kawasan dalam Malaysia atau panggilan dari Malaysia ke Luar Negara. Pening tak ayat? Tak peningkan. Hari-hari saya menjawab panggilan dari pelanggan. Saya juga dikehendaki memantapkan bahasa Inggeris saya kerana bahagian yang saya kendalikan ini banyak menyambung panggilan ke luar Negara dan saya perlu bertutur dengan lancar dalam bahasa tersebut.
#Bersikap sebagai pegawai khidmat pelanggan yang professional telah dipupuk ketika latihan. Kami ada standard skrip yang dibenarkan ketika bercakap dengan pelanggan. Kami juga telah diberitahu supaya tidak melakukan sesuatu yang boleh memberikan imej buruk kepada syarikat. Agak-agak sesiapa yang tak mahu terima syarat yang telah diberikan oleh syarikat, silalah angkat kaki sebab TMB ni dia dah formally known diseluruh Malaysia jadi yang tak nak ikut sila berundur awal-awal.
#Kemudian saya ditawarkan untuk menimba lebih banyak pengalaman di bahagian lain selepas 6 bulan saya berkhidmat di bahagian DIAS. Saya telah di tempatkan di bahagian Product dan Billing (P&B) dan menurut kawan-kawan bahagian ini sangat hebat penangan pihak pelanggannya yang marah-marah, suka mengamuk dan fussy. Macam sama je kan kesemua tu. Takpe la yang penting faham. Saya berkhidmat di bahagian P&B ni selama 3 tahun lebih. Macam-macam perangai pelanggan saya jumpa. Dimaki hamun memang tak boleh dikira dalam sehari mesti ade.
#Terapan supaya bersikap professional ketika bekerja memang membantu. Kita cool je masa handle pelanggan tu. Bukannya pelanggan nampak pun muke saya. Buatlah gaya apa pun yang penting pelanggan dengar suara saya hati dia senang. Poyo sungguh!!!
#Saya nak kongsi tips sikit macam mana nak jadi lebih professional
  1. Senyum (manusia ni memang mudah cair bile melihat manusia lain tersenyum. Lagilah kalau kita bagi senyuman yang paling manis kat mereka)
  2. Pandang mata pelanggan bila sedang bercakap (Janganlah cuba bercakap sambil mata tengok monitor pc. Tu memang nak menempah makian. Bila kita pandang mata pelanggan, secara tidak langsung pelanggan nampak kesungguhan kita mendengar apa masalah mereka.
  3. Jadilah pendengar yang setia (Pelanggan yang marah-marah ni biasanya dorang nak kita dengar masalah mereka bukannya ape pon kan jadi dengar je la dari awal sampai akhir, lepas tu dia ok je..)
  4. Jangan berbual di kaunter (yang ini merujuk kepada petugas kaunter yang suka sangat berborak dengan rakan sebelah dia. Elakkan la yer sebab pelanggan akan terasa hatinya sebab dia ade kat depan kita tapi kita plak dok borak ngan kawan. Masa ramai orang di kaunter jangan cube-cube borak ye kalau taknak gambar anda di”snap pastu di viralkan. Maklumlah zaman serba canggih sekarang ni)
  5. Jangan Pilih Kasih (ramai antara kita termasuklah saya kadang-kadang suka layan orang yang agak-agak kita suka. Layanan mesti tip top. Jangan ye. Pelanggan semuanya kena bagi layanan yang sama)
  6. Maintain Mood (Biasanya mood pagi-pagi memang superb but at the end of the day sume tarik muka. Dah takde dah senyum manis tu. Tu tak nak ye. Maintainkan mood anda dari pagi sampai habis kerja.
 
Amacam? Banyak tak tips. Saje kongsi-kongsi. Harapannya Cuma satu biarlah kita bekerja bukan sebab ingin mengejar wang ringgit. Bekerjalah sebab kerja itu sendiri dan niat kerana Allah. In Shaa Allah pulangan yang lumayan anda dapat. Amin.
 
Admin
Siti Norhaida Wahab
14 Ogos 2015 @ 01.24am