Salam
1Malaysia semua…Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya…Hopefully korang sume
sihat hendaknya selepas kembali beraya yer…heheh… Sihat ke sume? Ade yang sakit
perut ke sekarang??? Awak sume makan ape sampai sakit perut tue? Mana yg sihat
tu Alhamdulillah kerana menjaga kesihatan tapi kepada yang tengah sakit
sekarang ni tak kesah la sakit perut ke, demam ke, batuk dan selesema ke yang
penting korang kena jaga kesihatan.
Sebenarnya
hari ni nak cakap pasal penyakit cirit birit atau dalam bahasa saintifiknya Diarrhoea. Nak cite sikit la pasal
penyakit cirit birit ni. Kebanyakan kita masyarakat Malaysia ni kurang
menitikberatkan soal sakit perut berlarutan, selalu buang air besau dan
muntah2…ini sume adelah symptom2 cirit birit atau diarea tadi tu. Biasanya Diarrhoea disebabkan oleh jangkitan
pada usus disebabkan oleh makanan atau air yang tercemar. Ia juga boleh
disebabkan bukan kerana jangkitan tetapi ini sangat jarang berlaku.
Sebab-sebab jangkitan:
i.
Bakteria contoh.; Shigella, Campylobacter,
Escherichia coli
ii.
Virus contoh; Norwalk virus, Rotavirus
iii.
Parasit contoh;. Giardia lambdia, Entamoeba
histolytica
Bukan sebab-sebab jangkitan:
i.
Toleransi kepada makanan – tiada toleransi
terhadaplaktosa
ii.
Reaksi ubat-ubatan anti-biotik tertentu
iii.
Penyakit berkaitan usus – inflammatory bowel
disease, sejenis penyakit yang mana tidak mampu untuk menghadamkan lemak.
iv.
Functional bowel disease (Penyakit fungsi
usus) – irritable bowel syndrome (sindrom radang usus)
Apakah tanda-tanda dan simptom Diarrhoea?
i.
Perut rasa memulas lebih kerap
ii.
Cirit-birit
iii.
Mual dan muntah-muntah
iv.
Demam
v.
Hilang selera makan
vi.
Sakit perut/kejang
vii.
Kembung perut
Secara tidak
kita sedari, masalah berlakunya penyakit selepas musim perayaan mungkin ada
penyebab lain selain dari sebab-sebab diatas. Adakah barang2 mentah yang korang
beli tu terjamin ke tidak tahap kebersihannya?? Mungkin terlalu bersemangat nak
beraya sampai kita lupa nak jaga kebersihan barang2 tersebut.
Dengan
memastikan makanan adalah selamat, anda boleh mengelakkan pelbagai penyakit
akibat makanan antaranya keracunan makanan. Keracunan makanan boleh berlaku
apabila seseorang mengambil makanan yang tercemar dengan bakteria. Kesannya
boleh dirasai selepas 3 hingga 24 jam yang boleh menyebabkan sakit perut,
muntah-muntah dan cirit-birit. Keracunan makanan boleh bermula daripada
pembelian dan penyimpanan bahan mentah, penyediaan makanan dan penyajian
hidangan serta penyimpanan semual makanan yang telah dimasak. Semua ini
biasanya berlaku secara berperingkat. Ia berlaku apabila bahan mentah yang
dibeli awal dalam kuantiti yang banyak.
Pengguna menggunakan alasan takut harga
akan melambung tinggi, kekurangan bekalan bahan mentah dan tiada peniaga yang
berniaga pada cuti perayaan. Pembelian bahan mentah yang banyak ini memerlukan
ruang penyimpanan dan suhu yang sesuai. Jika semua makanan yang mudah rosak
dimasukkan ke dalam peti sejuk, ia tidak dapat menampungnya kerana ruang
penyimpanannya adalah terhad dan tidak mencapai suhu yang sesuai untuk penyimpanan.
Disebabkan kurang menjaga kebersihan juga lah masalah2 seperti ini berlaku.
Ada yang
beranggapan bahawa penyakit ini sementara saja…just makan pil chi-kit te onn (x
sure ejaan janji paham..Hehe) dh ok so tak yah gi clinic. Memang kadang2 makan
pil sakit perut kesannya cepat tapi mana yg dh makan 3 kotak pil tu tapi tak
ilang juga sakit perut mesti ade something wrong kn…jengjengjeng…..
Mencegah itu
lagi baik dan tidak memerlukan belanja yang besar. Sebelum terkena baik kita
cara jalan utk mengelakkan masalah berlaku. Yang mana sakit perut…termasuk le
saya nie…heheh…sila jaga kesihatan korang dengan sebaiknya. InsyaAllah
pencegahan awal boleh membendung gejala penyakit yang lebih teruk..InsyaALLah…
Untuk makluman
lanjut mengenai penyakit cirit birit ini korang boleh layari website
Kementerian Kesihatan atau pun boleh click pd pautan dibawah :
Terima kasih
dan Selamat Membaca entry ini…Assalamualaikum…
Sumber :
Jabatan Kesihatan Negeri Kedah
Jabatan Kesihatan Malaysia