Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Enjoy Song

Khamis, Julai 23, 2015

Kenapa Pakai Inner Neck?



Kenapa ye saya pakai inner neck? Setiap yang berlaku mestilah ade sebab kan memang itu yang telah ditetapkan oleh Allah SWT dalam setiap kejadian. Bermula dari satu peristiwa atau kejadian yang berlaku pada diri sendiri bukannya pada orang lain. Saya kongsi bersama di dalam entri ini. Terdapat satu sebab kenapa saya boleh berinner neck nie. Sejak sekolah menengah saya mengalami allergic teruk pada bahagian dagu. Cerita mula zaman sekolah menengah sebab masa tu baru start pakai tudung itu pun masa tingkatan lima. Allergic tu sebab butang tudung jadi memang mengganggu pemakaian tudung saya sehingga menjadi tidak terkawal. Macam teruk sangat je kan tapi memang teruk tau. Dah sampai tergaruk-garuk pastu berdarah. Kalau kena air memang pedih yang amat. Kalau cuaca panas lagilah allergic tu datang jadi kena standby la masa tu. Yang paling teruk kesan allergic tu tertinggal kat leher. Tu yang tak berapa nak best.


Allah SWT tu Maha Penyayang. Mestilah Allah sayang saya sebab tu Allah beri hidayah supaya saya mencari jalan agar Allergic ini berkurangan. Nak dijadikan cerita, saya terpandang tudung ‘bibik’ yang tak guna. Awning pon dah rosak jadi saya potong awning tu tinggallah sebahagiannya. Jangan ambil yg ade awning ye. Kalau nak cantik, jahit sikit tempat yang digunting supaya kelihatan kemas dan takde lah serabut sangat masa pakai nanti. Kemudian saya adjust sikit pada bahagian dagu supaya tudung tu tak jatuh ke belakang bila dipakai. Adjustment pada leher tu saya buat supaya selesa dan tak terlalu ketat atau longgar. Saya tengok kat cermin memang cantik. Macam inner beli kat kedai cume bezanya inner ni buat sendiri dan dibuat daripada tudung-tudung yang dah tak guna. Ini salah satu cara mengelakkan pembaziran jugak tau. Mula-mula pakai memang rasa tak selesa pada leher sebab kadang-kadang saya rasa kepanasan. Tapi makin lama pakai inner ni makin selesa sampailah saya memakainya sehingga sekarang.

Selain daripada tu juge ade seseorang menegur saya dimana tudung bawal yang selalu saya pakai tu menampakkan leher saya. Jadi 2 in 1 la saya buat inner sendiri ni. Pertama, sebab allergic teruk saya tu dan kedua, inner neck ni secara tidak langsung bila dipakai ia akan menutup leher saya dan bila saya pakai tudung bawal atau ape-ape jenis tudung inner ni membantu melindungi leher saya daripada dilihat orang yang bukan muhrim saya. Perfect kan. Allah bagi cara hanya untuk allergic saya saja dan pada masa yang sama Allah bagi kelebihan lain iaitu memperbaiki cara penutupan aurat saya sebagai seorang perempuan.

Kalau ada yang masih simpan tudung ‘bibik’ lama tu jangan la buang. Cube la buat inner sendiri In Shaa Allah anda akan puas hati.
 
 

Sekian saja berkongsian saya buat masa ini. Selamat mencuba. Assalamualaikum.

 

Admin

Siti Norhaida Wahab

23th July 2015 @ 2.10am

ISTIQAMAH & HIDAYAH


 
#I’m trying to be a better muslimah. Perubahan memerlukan istiqamah. Paksaan dalam perubahan bimbang tidak bertahan lama. Hopefully you will be there when in need you to guide me to be a better person in future. I’m trying dear...but slow-slow. Saya juga inginkan syurga Allah yang abadi. I will be more then what you aspect me to do. In shaa Allah.

#Hidayah Allah datang dalam pelbagai cara dan bentuk. Waaimah melalui kad pengenalan sendiri pon Allah dah turunkan hidayah (sebelum bertudung kad pengenalan saya dah pakai tudung dulu sebab masa buat kad pengenalan kena paksa dengan pendaftar kad pengenalan supaya saya pakai tudung sebab saya Islam)

#Gerak hati tu memang pasti sebab ianya datang dari Allah yang satu. Saya manusia biasa saja memang tak boleh menolak kalau Allah nak bagi hidayah. Rugi kalau tolak hidayah Allah.

#Share pengalaman sendiri bukan dari pengalaman orang lain. Kita yang mengalami maka kita tahu apa perasaan bila mendapat sebenar-benarnya hidayah Allah. Bersyukur sangat Allah pilih saya untuk teima hidayahNya.

#Terus mengenakan tudung sebab rasa malu dengan Allah, malu dengan diri sendiri dan malu dengan orang disekeliling. Malu dengan arwah abah juga sebab sebelum mengenakan tudung kepala memang togel tak pakai apa-apa. Kata-kata arwah abah memang terkesan dihati sehingga sekarang. Arwah abah cakap,

“Kalau kau sayangkan abah kau bertudung lah”

Masa arwah abah cakap macam tu mana ade perasaan nak berubah. Biasalah siapa tak kenal Haida seorang anak yang degil. Tapi Alhamdulilah Allah bagi isyarat supaya saya berubah kearah yang lebih baik.

#Ade yang cakap nak hidup tenang kena selalu membaca Al-Quran, baca dengan tajwid yang betul, dan fahamkan isi kandungan ayat-ayat yang ada dalam Al-Quran. Al-Quran yang Allah turunkan tu terus terang memang saya sukar memahami. Saya hanya membeli Al-Quran yang ada terjemahan saja sebab saya memang tidak tahu jawi apatah lagi bahasa Arab yang ada dalam Al-Quran. Kadang-kadang saya ada terfikir macam mana saya mahu jadi seorang yang lebih baik disisi Allah jika saya tidak tahu langsung membaca Al-Quran. Allahu Akbar. Itu kelemahan saya. Kelemahan yang saya sukar untuk hadapi. Saya mencuba membeli buku-buku iqra’ dengan harapan saya mampu belajar sedikit demi sedikit. Saya dalam tempoh pembelajaran dan harapannya memang tinggi sehingga saya dapat membaca bahasa Arab walaupun sedikit. In Shaa Allah.

#Syukur Allah bagi peluang rasa macam mana hidayah datang. Saya masih mencuba dan takkan pernah berhenti mencari cahaya Allah. Cuma saya tak mahu cakap berlebihan sebab ilmu agama saya tidak sehebat ahli ulama, saya cuma manusia biasa yang baru merangkak-rangkak mencari cahaya tersebut. Membaca Al-Quran juga saya tidak tahu apalagi mengajar orang. Banyak lagi yang perlu saya pelajari. Yang mana mahu berkongsi sudi-sudikan lah berkongsi dengan saya.

 

Terima kasih atas pembacaan anda.

 

Admin

Siti Norhaida Wahab

23th July 2015 @ 01.24am