#I’m trying to be a better muslimah. Perubahan
memerlukan istiqamah. Paksaan dalam perubahan bimbang tidak bertahan lama.
Hopefully you will be there when in need you to guide me to be a better person
in future. I’m trying dear...but slow-slow. Saya juga inginkan syurga Allah
yang abadi. I will be more then what you aspect me to do. In shaa Allah.
#Hidayah Allah datang dalam pelbagai cara dan
bentuk. Waaimah melalui kad pengenalan sendiri pon Allah dah turunkan hidayah
(sebelum bertudung kad pengenalan saya dah pakai tudung dulu sebab masa buat
kad pengenalan kena paksa dengan pendaftar kad pengenalan supaya saya pakai
tudung sebab saya Islam)
#Gerak hati tu memang pasti sebab ianya datang dari
Allah yang satu. Saya manusia biasa saja memang tak boleh menolak kalau Allah
nak bagi hidayah. Rugi kalau tolak hidayah Allah.
#Share pengalaman sendiri bukan dari pengalaman
orang lain. Kita yang mengalami maka kita tahu apa perasaan bila mendapat
sebenar-benarnya hidayah Allah. Bersyukur sangat Allah pilih saya untuk teima
hidayahNya.
#Terus mengenakan tudung sebab rasa malu dengan
Allah, malu dengan diri sendiri dan malu dengan orang disekeliling. Malu dengan
arwah abah juga sebab sebelum mengenakan tudung kepala memang togel tak pakai
apa-apa. Kata-kata arwah abah memang terkesan dihati sehingga sekarang. Arwah
abah cakap,
“Kalau kau sayangkan abah kau bertudung lah”
Masa arwah abah cakap macam tu mana ade perasaan nak
berubah. Biasalah siapa tak kenal Haida seorang anak yang degil. Tapi
Alhamdulilah Allah bagi isyarat supaya saya berubah kearah yang lebih baik.
#Ade yang cakap nak hidup tenang kena selalu membaca
Al-Quran, baca dengan tajwid yang betul, dan fahamkan isi kandungan ayat-ayat
yang ada dalam Al-Quran. Al-Quran yang Allah turunkan tu terus terang memang
saya sukar memahami. Saya hanya membeli Al-Quran yang ada terjemahan saja sebab
saya memang tidak tahu jawi apatah lagi bahasa Arab yang ada dalam Al-Quran.
Kadang-kadang saya ada terfikir macam mana saya mahu jadi seorang yang lebih
baik disisi Allah jika saya tidak tahu langsung membaca Al-Quran. Allahu Akbar.
Itu kelemahan saya. Kelemahan yang saya sukar untuk hadapi. Saya mencuba
membeli buku-buku iqra’ dengan harapan saya mampu belajar sedikit demi sedikit.
Saya dalam tempoh pembelajaran dan harapannya memang tinggi sehingga saya dapat
membaca bahasa Arab walaupun sedikit. In Shaa Allah.
#Syukur Allah bagi peluang rasa macam mana hidayah
datang. Saya masih mencuba dan takkan pernah berhenti mencari cahaya Allah.
Cuma saya tak mahu cakap berlebihan sebab ilmu agama saya tidak sehebat ahli
ulama, saya cuma manusia biasa yang baru merangkak-rangkak mencari cahaya
tersebut. Membaca Al-Quran juga saya tidak tahu apalagi mengajar orang. Banyak
lagi yang perlu saya pelajari. Yang mana mahu berkongsi sudi-sudikan lah
berkongsi dengan saya.
Terima kasih atas pembacaan anda.
Admin
Siti Norhaida Wahab
23th July 2015 @ 01.24am