Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Enjoy Song

Rabu, Februari 26, 2014

Senarai Kawasan Catuan Bekalan Air Selangor


Seperti yang telah dimaklumkan dan diwar-warkan sebelum ini, catuan bekalan air di kawasan Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang akan bermula esok 27/02/2014 sehingga 31/03/2014 seperti yang telah dimaklumkan oleh pihak Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS). Untuk membuat persediaan lebih awal silalah semak senarai kawasan yang terlibat dengan catuan bekalan air:-







Sama-sama kita bersiap siaga dengan sebarang kemungkinan. 





Sumber/Sources:-
http://amazingnara.com/senarai-kawasan-catuan-bekalan-air-di-selangor
http://tengoktvonline.blogspot.com/2014/02/senarai-penuh-kawasan-gangguan-bekalan.html

Selasa, Februari 25, 2014

Good Result From Allah SWT


Thanks to Allah SWT kerana dengan limpah dan kurniaNya saya telah diberikan jalan dan petunjuk.
Alhamdulillah...syukur kepada Allah...
Nak share kegembiraan walaupun sebenarnya sudah dikongsi di FB...
Tapi xpelah...nk share jugak. Tak kesah la orang nk cakap benda dlm kelambu pon nk share. Biarlah kn. Tu sume pengkritik yg tak puas hati dgn ape yg kite ade. Just forget it...

DOUBLE good result yg saya terima...
Firstly...result yg kat bawah nie... Alhamdlillah...
After almost 5 years saya mencuba nasib memohon kerja di sektor kerajaan.
Firstly tahun 2009 after habis degree. Tak berjaya dan saya ditolak bulat-bulat semasa sesi interview tu...what a shame...
After that, saya x apply coz a year after saya dapat interview kerajaan bekukan permohonan dalam SPA Portal.Time tu takde pengambilan utk ke sektor kerajaan. 
So, saya senyap jer and bekerja dengan sektor swasta selama 4 tahun start 2009 sampai 28/02/2014 nie.
Saya mohon SPA ne banyak jawatan. Saya mohon start 18/03/2013 tahun lepas. 
Banyak jawatan yg dipanggil temuduga. Ini antara jawatan yg dipanggil temuduga & status hadir atau tidak hadir...hehe..:-

PEMBANTU PENDAFTARAN GRED KP 17    -   Hadir Temuduga
PEMBANTU PENGUASA KASTAM GRED W17    -   Hadir Temuduga
PEGAWAI IMIGRESEN GRED KP17    -   Hadir Temuduga
PENYELIA ASRAMA GRED N17    -   Tidak Hadir Temuduga
JURUBAHASA GRED L17    -   Tidak Hadir Temuduga
PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W17    -   Tidak Hadir Temuduga


Abaikan status tidak hadir tue. heheh... Kalau kita tak hadir temuduga name tak blacklisted tau. Cume bila anda dh dapat jawatan tue tapi anda tak lapor diri yg tue mmg kena blacklist. Kalu saya tak terima jwtan kat bwh ni saya akan disenaraikan hitam selama 3 tahun utk jawatan ini dan senarai hitam selama 1 tahun utk jawatan lain. Ade yang pernah tolak ker? Rugi....
Lapor diri 3th March 2014 di JPN Putrajaya, orientasi selama 5 hari kat sane. Jgn risau sebab duduk hotel katenye...hehehe...Dalam 3 hari orientasi baru dapat tahu posting kat mane. 
Sangat memberi kejutan...
Niat dihati dan berdoa pd Allah SWT moga didekatkan dengan Bonda Tersayang...mane lg kat Kota Tinggi, Johor lee....Amin...





2nd result....saya dh dapat lesen kereta. Bangga tau. Umur dh 30tahun baru nk ade lesen.
Memang owesome. Selama ne dok cakap kat diri sendiri "sangat salute pada mereka yg bleh menggerakkan kereta"
Bila dh sendiri bawak keta Alhamdulillah saya pon boleh gerakkan kereta jugak. Sangat best.
See my driving licence. hehehe. Pasni nak usha-usha keta plak...heheh...






Allah SWT Maha Mengetahui apa yang Dia buat. Kita cuma merancang tapi Dia yang menentukan. 
Kena usaha lebih. Jika Allah SWT mengkehendakkan rezeki itu milik kamu maka ianya milik kamu. 
"Kun Fa Ya Kun"
Yang masih tidak ada rezeki, InsyaAllah...Allah SWT akan berikan kamu rezeki yang lain mungkin lebih baik dari ini. Yang lupa berusaha, berdoa dan tawakal kepada Allah SWT. 
InsyaAllah, Dia akan beri yang terbaik...



~Make Overrr!!!


Hai semua... just nak share sedikit bakat yang ade...
Walaupon x berapa nak cantik tapi asal boleh...heheh...
Kesian model2 nie...mereka ni adik2 saya...
Mereka sangat sporting bila saya cakap nk jadikan wajah mereka sebagai freelance model...hikhik...


1st Model : Siti Nurhanisah Bt Wahab




2nd Model : Siti Nurfarlina Bt Wahab



Walaupon tidak secantik makeup artist tapi saya berani mencuba sesuatu yang baru...
Banyak lagi bakat yg ade dalam diri korang yang boleh diketengahkan...
Kalau boleh buat duit itu advantage...Tapi saya takde la sampai nak buat duit...
Masih belum berkeyakinan...heheh... :)
InsyaAllah...rezeki Allah bagi sama rata utk semua yer...
K byebye...



Original Copyright: http://http://sitinorhanyasebuahnama.blogspot.com/

Ahad, Februari 09, 2014

~Thanaaka Soap~


Hai...ok...ari ne nk cakap pasal sabun Thanaaka.
Sebelum ni saya post pasal Marine Soap tapi ari ne nk cite sikit pasal Thanaaka Soap nie.
Marine Soap tue sy gune utk badan tapi utk Sabun Thanaaka nie sy akan guna utk muka.
Disebabkan muka sy ade jarawat dan jeragat sy dh terlalu lama mencari product yg senang digunakan utk meghilangkan jerawat dan jeragat tu. 
Kalau nk diikutkan jerawat ne mudah nak hilang tapi kesan jerawat tu pasti ramai yang mencari cara macam mana nak hilangkan.
Sama juga mcm jeragat. Kesan degil ni memang susah nak hilang. Sy banyak jeragat kat muka sebab selalu kena allergic and then kesan allergic tu meninggalkan parut. So bila parut susah nk hilangkan pastu biarkan ia lama-lama jadilah jeragat tue.

Sy baru nk usha-usha sabun Thanaaka. Berkesan atau tidak kat muka sy nie...Hasilnya kita akan tengok dlm beberapa bulan lg k...






Jika sy sudah berjaya dengan hasil yg memuaskan InsyaAllah sy akan kongsikan dengan anda semua..
WISH ME LUCK KEY!!!!!!!!

~Marine Soap~


Sabun ne bagus tau...Alhamdulillah...
Dh pakai dalam 3 minggu lebih yg tempat gelap2 tue bleh cerah...





Ini antara bahan-bahan yg terdapat dalam Marine Soap....










Terdapat beberapa kelebihan Marine Soap nie...sy just copy paste jer...heheh...sile tengok bawah...









Kalau ade yg nak buat tempahan saya suggest bleh contact kawan saya...dia ade jual sabun nie...
Nak mudah bleh layari FB dia atau blog dia k...





Dear: Al-Mardiah...kite promote sikit yer...heehheh....


Isnin, Februari 03, 2014

YA HANA NA


ya hana na
Betapa Beruntungnya Kami 

****************************

ظَهَرَ الدِّينُ المُؤَيَّد   بِظُهُورِالنَّبِى اَحمَد
dzoharoddiinul muayyad bidzhuhuurin nabi ahmad 
Telah muncul agama yang didukung,  dengan munculnya sang Nabi Ahmad

يَا هَنَانَــــــــا بِمُحَمَّد  ذَلِكَ الفَضلُ مِنَ الله
ya hana na bimuhammad   dzalikal fadhlu minallah
Betapa beruntungnya kami dengan Muhammad (Saw), itulah anugerah daripada Allah SWT

يَا هَنَانَا
ya hana na
Betapa Beruntungnya Kami 

خُصَّ بِالسَّبعِ المَثَانِى   وَحَوى لُطفَ المَعَأنِى
khusho bissab’il matsani   wa hawa luthfal ma’ani
Diistimewakan dengan as-Sab’ul Matsany (al-Fatihah), penghimpun rahsia bagi setiap makna

مَالَهُ فِى الخَلقِ ثَانِى   وَعَلَيهِ اَنزَلَ الله
ma lahu fil kholqi tsani   wa a’laihi anzalallah
Tidak ada yang senilai dengannya, dan Allah mewahyukan kepadanya (Muhammad SAW)

يَا هَنَانَا
ya hana na
Betapa Beruntungnya Kami 

مِن مَكَّةٍ لَمَّا ظَهَر    لِاَجلِهِ انشَقَ القَمَر
min makkatillamma dzohar    liajlihin syaqqal qomar
Ketika di Makkah bulan tampak terbelah deminya (Muhammad SAW), 


وَافتخَرَت الُ مُضَر   بِهِ عَلى كُلِّ الاَنَام
waf takhorot aalu mudhor     bihi ala kullil anam
lalu kabilah Mudhar (kabilah Muhammad SAW) dibanggakan oleh seluruh manusia

يَاهَانَانَأ
ya hana na
Betapa beruntungnya kami

اَطيَبُ النَّاسِ خَلقًا   وَاَجَلُّ النَّاسِ خُلُقُا
athyabunnasi kholqon   wa ajallunnasi khuluqon
Beliau adalah manusia yang terbaik ciptaanNya, dan teragung akhlaknya

ذِكرُهُ غَربًا وَشَرقًا   سَائِرٌ وَالحَمدُ لِله
dzikruhu ghorbaw wa syarqon    saa iruw walhamdu lillah
Semua berzikir ke atasnya samada di barat atau di timur, segala puji hanya bagi Allah SWT

يَاهَنَانَا
ya hana na
Betapa beruntungnya kami

صَلُّوا عَلى خَيرِ الاَنَام   المُصطَفَى بَدرِالتَّمَام
shollu a’la khoiril anami   al musthofa badrittamami
Berselawatlah ke atas sebaik-baik manusia (Muhammad SAW) yang terpilih, sang bulan purnama

صَلُّوا عَلَيهِ وَسَلِّمُوا   يَشفَع لَنَأ يَومَ الزِّحَام
shollu a’laihi wasallimu  yasyfa’ lana yaumazzihami
Sampaikanlah salam kepadanya, moga diberi syafaat di hari kebangkitan

يَا هَنَانَا
ya hana na
Betapa beruntungnya kami

يَا هَنَانَا

Khamis, Januari 23, 2014

Nukilan Hati Kepada Sang Pencipta

Aku Wanita Biasa Punya Hati & Perasaan
Hati Akan Sakit Pabila Disakiti
Perasaan Jadi Suram Bila DiKetepikan

Aku Wanita Biasa Punya Sabar Dan Amarah
Kesabaran Ku Tercalar Bila Di Cabar
Amarah Ku Menggunung Bila DiKhianati

Aku Wanita Biasa Punya Kelembutan
Diluar Membara Seperti Api
DiDalam Lembut Umpama Salju 

Aku Wanita Biasa Punya Egois
Tidak Mudah Terima Kata Nista
Hanya Terima Kata Pencipta Yang Esa

Namun, Aku Hanya Hamba Biasa Dimata Tuhan
Aku Bukan Siapa-siapa DimataNya
Tuhan Pencipta Alam 
Dia Yang Gerakkan Hati & Perasaan
Dia Yang Uji Kesabaran dan Amarah
Dia Juga Yang Wujudkan Ego dan Kelembutan Manusia
Aku Hanya Pasrah Dan Mampu Bersujud Memuji Mu Ya Allah

Engkau Beri Manusia Perasaan-Perasaan Itu 
Hanya Engkau Yang Mampu Menariknya Kembali



Sources: http://sitinorhanyasebuahnama.blogspot.com
Copyright : http://sitinorhanyasebuahnama.blogspot.com