Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Enjoy Song

Sabtu, Ogos 17, 2013

BERBICARA TENTANG KESIHATAN – CIRIT BIRIT @ Diarrhoea

Salam 1Malaysia semua…Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya…Hopefully korang sume sihat hendaknya selepas kembali beraya yer…heheh… Sihat ke sume? Ade yang sakit perut ke sekarang??? Awak sume makan ape sampai sakit perut tue? Mana yg sihat tu Alhamdulillah kerana menjaga kesihatan tapi kepada yang tengah sakit sekarang ni tak kesah la sakit perut ke, demam ke, batuk dan selesema ke yang penting korang kena jaga kesihatan.

Sebenarnya hari ni nak cakap pasal penyakit cirit birit atau dalam bahasa saintifiknya Diarrhoea. Nak cite sikit la pasal penyakit cirit birit ni. Kebanyakan kita masyarakat Malaysia ni kurang menitikberatkan soal sakit perut berlarutan, selalu buang air besau dan muntah2…ini sume adelah symptom2 cirit birit atau diarea tadi tu. Biasanya Diarrhoea disebabkan oleh jangkitan pada usus disebabkan oleh makanan atau air yang tercemar. Ia juga boleh disebabkan bukan kerana jangkitan tetapi ini sangat jarang berlaku.

Sebab-sebab jangkitan:
i.                     Bakteria contoh.; Shigella, Campylobacter, Escherichia coli
ii.                   Virus contoh; Norwalk virus, Rotavirus
iii.                  Parasit contoh;. Giardia lambdia, Entamoeba histolytica
Bukan sebab-sebab jangkitan:
i.                     Toleransi kepada makanan – tiada toleransi terhadaplaktosa
ii.                   Reaksi ubat-ubatan anti-biotik tertentu
iii.                  Penyakit berkaitan usus – inflammatory bowel disease, sejenis penyakit yang mana tidak mampu untuk menghadamkan lemak.
iv.                 Functional bowel disease (Penyakit fungsi usus) – irritable bowel syndrome (sindrom radang usus)
Apakah tanda-tanda dan simptom Diarrhoea?
i.                     Perut rasa memulas lebih kerap
ii.                   Cirit-birit
iii.                  Mual dan muntah-muntah
iv.                 Demam
v.                   Hilang selera makan
vi.                 Sakit perut/kejang
vii.                Kembung perut

Secara tidak kita sedari, masalah berlakunya penyakit selepas musim perayaan mungkin ada penyebab lain selain dari sebab-sebab diatas. Adakah barang2 mentah yang korang beli tu terjamin ke tidak tahap kebersihannya?? Mungkin terlalu bersemangat nak beraya sampai kita lupa nak jaga kebersihan barang2 tersebut.

Dengan memastikan makanan adalah selamat, anda boleh mengelakkan pelbagai penyakit akibat makanan antaranya keracunan makanan. Keracunan makanan boleh berlaku apabila seseorang mengambil makanan yang tercemar dengan bakteria. Kesannya boleh dirasai selepas 3 hingga 24 jam yang boleh menyebabkan sakit perut, muntah-muntah dan cirit-birit. Keracunan makanan boleh bermula daripada pembelian dan penyimpanan bahan mentah, penyediaan makanan dan penyajian hidangan serta penyimpanan semual makanan yang telah dimasak. Semua ini biasanya berlaku secara berperingkat. Ia berlaku apabila bahan mentah yang dibeli awal dalam kuantiti yang banyak.

Pengguna menggunakan alasan takut harga akan melambung tinggi, kekurangan bekalan bahan mentah dan tiada peniaga yang berniaga pada cuti perayaan. Pembelian bahan mentah yang banyak ini memerlukan ruang penyimpanan dan suhu yang sesuai. Jika semua makanan yang mudah rosak dimasukkan ke dalam peti sejuk, ia tidak dapat menampungnya kerana ruang penyimpanannya adalah terhad dan tidak mencapai suhu yang sesuai untuk penyimpanan. Disebabkan kurang menjaga kebersihan juga lah masalah2 seperti ini berlaku.

Ada yang beranggapan bahawa penyakit ini sementara saja…just makan pil chi-kit te onn (x sure ejaan janji paham..Hehe) dh ok so tak yah gi clinic. Memang kadang2 makan pil sakit perut kesannya cepat tapi mana yg dh makan 3 kotak pil tu tapi tak ilang juga sakit perut mesti ade something wrong kn…jengjengjeng…..

Mencegah itu lagi baik dan tidak memerlukan belanja yang besar. Sebelum terkena baik kita cara jalan utk mengelakkan masalah berlaku. Yang mana sakit perut…termasuk le saya nie…heheh…sila jaga kesihatan korang dengan sebaiknya. InsyaAllah pencegahan awal boleh membendung gejala penyakit yang lebih teruk..InsyaALLah…

Untuk makluman lanjut mengenai penyakit cirit birit ini korang boleh layari website Kementerian Kesihatan atau pun boleh click pd pautan dibawah :
Terima kasih dan Selamat Membaca entry ini…Assalamualaikum…

Sumber : Jabatan Kesihatan Negeri Kedah
              Jabatan Kesihatan Malaysia




Selasa, Ogos 13, 2013

"MY Raye 2013..Yeahhhaaa!!!!!

Jom see my raye pic....tapi skit jer...huhuhu....tahun ni punye raye same mcm raye tahun2 yg lepas...selepas arwah abah meninggal tahun 2009 raye kami sekeluarga sederhana saje... Al Fatihah utk arwah abah sy Wahab Bin Ahmad...


















Ni je yg sempat amik...k bubyee.....






Isnin, Ogos 05, 2013

"Salam Lebaran Utk Semua Bloggers"



Saya harap ini bukan sesuatu yg awal utk ucap selamat kpd semua.  Di kesempatan ini saya Siti Norhaida Binti Wahab ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf dari semua blogger yg ade dan kepada semua yg membaca blog ini. 
Yang buruk hasil penulisan datangnya dari diri sendiri dan yang baik itu datang dari Allah SWT. Tujuan ucap awal selamat Hari Raya ni sebab esok saya dh balik kampung.........!!!!Yeahhhhhh!!!!!





Semangat mcm akak kat atas nie...hehehe.... Bagi yg masih bekerja tu jangan la hilang semangat or sedih yer....




Company memerlukan khidmat anda lagi... Sy akan selalu support anda semua sebab anda semua sahabat saya... Ape pun yg kita buat kenalah dengan hati yang ikhlas InsyaAllah besar pulangannya nanti...
Kepada yang dh on the way balik kampung berhati-hati dijalan raya. Bawa kereta jangan laju2.. Ingat...orang tersayang sedang menunggu. Sesiapa yg balik menggunakan pengangkutan awam mcm sy nie jgn lupe bertolak awal ke bus-stop...jgn sampai tertinggal bus yer...nanti tak pasal2 kena beli tiket baru...tu pon kalau masih terjual...hope ade la kn....

InsyaAllah.lepas raye kite jumpe lagi yer.....Assalamualaikum....
(...mood kemas baju dr mlm td x dtg2...adoiii...)



Isnin, Julai 29, 2013

"THANKS TO HERBALIFE FOR CHANGING MYLIFE"

Assalamualaikum semua...Kali ni saya nak tulis tentang makanan harian yg sy makan utk kesihatan diri sy. Tujuan sy makan makanan kesihatan ini adelah sebab kesihatan tubuh badan yang semakin lama semakin kurang baik. Makanan kesihatan yg sy makan ni dh lama bertapak di dunia. Nk tahu kesahihannya kenalah pergi ke tempat yg betul utk tahu asal usul makanan ini..siapa pengasasnya..berapa buah negara yg dh jalankan business ne...ape khasiatnya...dan ape yg kita boleh buat dengan makanan kesihatan ini. Adakah ianya semata-mata mknan kesihatan atau boleh jana pendapatan?? Tanya hati, tanya iman....

Sy dh start guna makanan kesihatan ini sejak 19/02/2013. Baru je tapi kesannya amat luar biasa. Tujuan sy makan makanan kesihatan ini ada 2 sebab utama. Time ni tak terlintas nak jana pendapatan pon... Sebab pertama masalah peningkatan berat badan yg amat tidak terkawal dan juga masalah keuzuran. 

Start sekolah rendah dh biasa bersukan. So badan time tu slim-melim kn...badan cm gambar kat bawah nie...but ni bukan sy... Ini Irene Van Dyk pemain netball New Zealand. I love her so much...


Bila kita dh biasa bersukan dan kemudian tinggalkan bidang tu ia akan memberi kesan kepada metabolisma dalam badan. Badan dh selalu bekerja keras..lari sana sini and then stop tibe-tibe badan kita jadi terkejut. Bermula dr situ la badan sy mcm di pam-pam kate orang.

Kesan Masalah Peningkatan Berat TidakTerkawal



Sy tak nak jadi obesiti. Tanpa segan dan silunya nk bagitahu berat sy masa skolah menengah dalam 57-59kg. Itu average jer. Disebabkan masalah lutut sy tercedera dan sampai sekarang sy tak boleh bersukan sebab tak leh lari terlalu aktif, berat tu jd naik ke 60kg. Mase ni dok rumah tak wat pape. Makan tido mkn tdo kerjenya ari-ari. Masuk je UiTM Shah Alam berat sy dh menjangkau 70kg. Jangka masa tak jauh. Dalam 5-6 bulan process kenaikan berat badan. Masa ni sume dh nampak badan dh gempal sikit...heheh... Masuk je alam pekerjaan berat makin naik. Last berat sy 85kg awal tahun 2013. Sangat beratkn... Start dr situ sy terpikir yg sy kena buat sesuatu bg mengelakkan berat sy makin naik. Sy kaji kesan-kesan yg akan berlaku bila kita terlalu berat. Ia ada kaitan dengan masalah sy yg kedua tu. 

Gangguan Sistem Keuzuran

Ayat atas ni sy main letak je bagi mudah faham. Process kelewatan datang bulan bagi wanita memang agak common bg wanita mcm sy yg mempunyai masalah berat badan. Secara kebetulan jika berat naik ia akan ganggu masalah period. Bila check ngan doktor semua jawapan yg sama. Ni masalah hormon katenye. Dh berkali-kali g jumpe doktor dok menda yg same je bgtahu. Bosan. Tahap paling teruk sy lewat datang bulan pada tahun 2009. Masa tu sy tak period selama 5 bulan. Nak dikira dalam setahun sy hanya period beberapa bulan je. Sy yg  mengalami ni risau la kn. 

Banyak dalam internet kata kesan lewat datang bulan. Antaranya susah nk dapat anak, mandul dan mcm2 lagi. 



Sape tak takut dengan semua tu. Sy mengambil keputusan utk merubah hidup sy kearah yg lebih sihat. Sy mula diperkenalkan dengan makanan nutrisi ni semasa di UiTM. Time tu roomate memang ahli nutrisi. Masa tu time blajar mana nak pikir menda-menda ni sume. Kebetulan officemate ade jual makanan nutrisi ini. Jd sy order dari dia. Masa start makan memang struggle gile. Coach sy pantau pemakanan sy. Dan sampai sekarang selama kurang 6 bulan sy mkn sy dh turun dari 85kg ke 80kg. Sy pon tak caye. Ape yg penting period sy dh ok dan sy dh boleh tersenyum lega. 

Thank to Allah SWT sebab perkenalkan sy dengan Herbalife. Product ini memang bagus dan sy akan teruskan memakan product ini sehingga sy mendapat result yg sangat bagus dan sy berpuashati dengan hasilnya. Apa yg sy boleh katakan disini sesiapa yang mengalami masalah kesihatan yg agak kronic sila cuba makanan nutrisi ini. Ia bukan agent penyembuh penyakit. Kita kena ingat kita kena cari jalan utk mengelakkan penyakit itu memudaratkan kesihatan. Hanya Allah SWT yg boleh sembuhkannya. Cuba cari jalan utk menjadi sihat. 

Sesiapa yg nak jadi sihat boleh contact sy. Sy ade agent yg bertauliah utk perkenalkan product ini kpd anda semua. Marilah sam-sama kita berubah ke arah yg lebih sihat. InsyaAllah...


Sabtu, Julai 27, 2013

"LAUTaN MAnUSia Kat MaSJiD JAMeK"

Hai dan assalamualaikum sume…hari ni saya g shopping kat masjid jamek…nak beli barang raye…naik bus coz my fiance tak dapat teman sebab dia kerja so g sorang2 la…dr rumah dalam jam 12:45pm cm biase la tunggu bus kat busstop… agak2 dalam kol 1:45pm sy sampai kat LRT Masjid Jamek dan memang tak boleh nak bayang tahap sesak dengan lautan manusia. Ne baru turun LRT korang tak Nampak lagi ape yang ade kat atas tu…jom check it out..!!!





Time ni dh ade kat perkarangan tempat beli tiket...Ramai sangat sampai nak touch kad pon susah... Orang ramai berasak-asak...ade yg nak beli tiket train...yg beli kat mesin beratur punye la panjang sampaikan yg nk ke arah masjid jamek pon tersadai kat tepi sebab tak leh lalu...




Ne situasi salah satu kawasan meniaga makanan..Kalau korang slalu g Jamek lalu la jalan short cut dr Masjid besar tu... lalu sampai korang jumpe banyak gerai2...tadi masa g "jem" tengah jalan...memang tak leh lalu tak gerak langsung...sy ape lagi patah balik ar...tak nak sy mengharung lautan manusia tue...




Ne mcm gambar yg same cm kat atas jer...ehehhe...tak kesah la kan...


 Yg ni nk kearah Semua House...Lengang sikit la sebab kat luar and depan semua house...




Mase ngah jalan2 tadi ternampak patung adik ne...hehehe... sy sanggup patah balik sebab nk amik gambar dia...hahaha....


So korang..agak2 yg sanggup nak mengharung lautan manusia kat Jalan TAR ni korang datang la...Sy tak sanggup...at last sy beli ape jer... baju tak beli ape pon x beli...yg dapat capai ne je la....






Sy terdengar announcement td malam ni kat depan Semua House ade artis buat persembahan.. dengar khabarnyer jam 8:00pm hingga 9:00pm...artis tak diketahui siape so sape yg nak tengok g la Jalan TAR mlm ni k...


Selamat membace dan selamat berbuka pose....


Selasa, Julai 16, 2013

Harga Tiket Bus Dh Naik!!!!

Setelah agak lama menunggu permohonan cuti diluluskan akhirnnya semalam 14/07/2013 aku  ke Bandar Tasek Selatan Terminal utk membeli tiket bus...huhuhu...punya la ramai org beratur beli tiket bus... ade yang bawa anak-anak, bawa isteri, bawa awek2 pakwek2...hahahah...ade gak mat mat bangla, awang-awang hitam, mat dan minah saleh pon ade...tak lupe jugek aunty2...uncle2...amoi2...memang ramai ar...aku beratur la kat kaunter...lame gak ar coz ramai yg nk beli tiket..dh mcm pasar ikan dh...hehe....

Dok beratur ngan sabarnyer so tibe la time aku...nikmati perbualan aku dibawah dengan receptionist tue:-ngehngehngeh!!!

Aku: Hai...nak tiket ke Kota Tinggi , 06/08/2013
Budak TBS : Jam berapa akakkk (ikut sleng dak India tau...hehe)
( Aku tengok le monitor depan aku ne...)
Aku : Amik jam 11:30am yer...
Budak TBS : Akak sy bagi akak seat dua dari belakang yer...
(Terkenang pengalaman aku yg lepas seat belakng skali mcm robot kalau duduk...so aku pilih seat sendiri..)
Aku : Seat 5A atau 5C takde ke dik?
(Aku pilih seat ni sebab aku selesa nk duduk)
Budak TBS : Takde la kak..
Aku : Seat ape yg ade...tengah2 ade tak?
Budak TBS : Tengah-tengah ade kak...

Dengan tak banyak bunyi aku pon choose la seat 5E yg tengah2...so dh pilih seat time nak bayar plak...budak ni bagi tau la harga tiket :

Budak TBS :  RM35.90 kak..
(...terkujat gak aku...apsal leh naik dr RM32.30 ke RM35.90 nie...)
Aku : Eh! Dh naik harga ke ?
Budak TBS : Haah kak dh naik harge...

So aku dengan berat hatinya kuarkan la RM35.90 walaupon salah kire...heheh... aku terpikir gak kerajaan dh umumkan surcharge ke dlm TV? Mcm tak dengar lagi jer..sebelum ni ade gak dengar2 harga tiket bakal naik...tapi xde plak hitam dan putihnyer...

Agak tak puas ati la ngan harga tiket nie...sebelum ni dh naik 30% skrg naik lagi...dulu harge tiket RM25.30 jer...bile dh naik surcharges 30% terus jadi RM32 lbh...ni naik lagi RM35...persoalan timbul...ini utk time raya saje ke atau sampai further notice???? Nape takde kuar TV...ke aku yg tak tengok TV..???? Adooiii!!!!pening pale ar....arghhhh!!!!!

Walaupun harga tiket dh naik aku kena beli gak...raye punye pasal...dengar kate jugak...(dh mcm mak jemah plak aku nie..) harge tiket ke pantai timur dh habis dijual...kesian yg mana dr pantai timur...tunggu bus tambahan je la...kalau bus tambahan berapa pulak harganyer...?? Ape-ape pun...jgn lupe beli tiket awal2..nanti abis korang kena beraya kat KL nnti...heheh...

Selamat membaca entry ini

Jangan lupe join yer...Wassalam...

Makanan Exotic yang "Menyelerakan"...!!!

Assalamualaikum sumer.... K tadi kat ofis ade bincang ngan sorang member ni...dok borak2 terkeluar le pasal makanan exotic...Ayat exotic ni pon dh menunjukkan sesuatu yang luar biase...yg tak pernah dialami manusia lain..cewah!!!..

Korang tau ke makanan exotic ni mcm mane? Ni makanan yg maha pelik yang bile tengok kembang tekak...yakks..!!!...salah satu yang popular dikalangan masyarakt Malaysia ni dorang makan Landak... Korang pernah makan landak tak? Yg pernah tu mungkin bleh share ape rasenye...texture dia mcm mane...dimasak mcm mane...masak asam pedas ke? Goreng ke? Masak sambal ke? Mak sy tak bagi mkn sebab mak cakap kalau makan nanti telinga berair dan badan berkudis2....tak tau la betul ke x...kalau betul cube share kat sini...


Landak sebelum...(ehsan pic from google)

Ni Kari Landak...mcm sedapkn.. (ehsan pic from google)

Lagi makanan pelik adelah Belut...ni common dalam masyarakat kite...sy pon mkn tp mase kecik2 la..time tu tak tau lagi just ikut je ape yg mak abah mkn kite mkn jer...Belut ni kebanyakannya dibuat sup..masak lemak pon ok gak...rase dia mcm ikat haruan...yg ni sy boleh cakap sedap!!!!muahh!!!!


Belut yg belum dimasak yer... (Pic from google)

Ni sup belut...pon mcm sedap tp mmg sedap...(Pic from google)

Lagi makanan exotic adelah burung...ade banyak jenis burung yg boleh dimakan...antaranya burung punai dan burung puyuh...ade kawan ajak mkn burung punai...sy tak bleh mkn...x sanggup..same la jugak ngan puyuh...kalau korang tengok burung punai ngan puyuh ne punyelah comel, kecikk jerr...sanggup ke nak makan?? Adoiii!!! Sy dh tolak tepi...kate orang kalau dh terdetik kat hati “kesiannye ngan burung nie...” hukumnya haramm dimakan....jadi kalau korang nak makan tu terus je makan jgn was-was k....takut jd cm sy....terus tak leh mkn....


Burung punai... (ehsan pic from google)

sedapnyer nampak.... (ehsan pic from google)


Ape lg mknan pelik??? Ulat sagu...adoiii!!! Dengar name je sy dh meremang...name pon ulat...sape nk mkn...tp tu la kat Sarawak or Sabah ramai yg mkn...ape rasenye pon sy tak tahu...nk tulis pn tekak dh kembang kempis...sape yg nk share rase ulat sagu leh share kat sini k....:=)

Nie la ulat sagu... (ehsan pic from google)


Sate ulat sagu... (ehsan pic from google)

Bila dh lihat gambar di atas rase nak makan tak? Yang mana nak mencuba gi la try...sy lom cri lagi tempat utk makanan exotic nie...kalau ade mase lagi sy upload name restoran dan alamat dia skali...

Sekarang dh late night...sy nk tdo and bersahur... so kengkawan gud nite...

Terime kasih coz membace entry ini
Kalau dh bace join sy disini k....
Bye...Assalamualaikum....