Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Enjoy Song

Isnin, Oktober 28, 2013

Tolong Share Carikn Blog / Website Templetes

Mesti korang banyak web yg boleh cr blog templet yg senang nk download...bleh share sikit x??
Dh jumpe blog yg cantik but bile download then copy pasti ade error lak...cm ne nk edit ek?? Pening.....
Sabtu, Oktober 12, 2013

"Jadikan Ujian Sebagai Penyuntik Utk Berubah"

      Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam menyifatkan bahawa ujian yang diberikan kepada kaum manusia adalah tanda kecintaan Allah kepada mereka. Dan semakin besar dugaan yang diberikan oleh Allah kepada manusia, menandakan besar juga pahala yang diperoleh. Ini sebagaimana hadith yang datang dari Anas bin Malik, yang menyatakan Rasulullah Sallallahu ‘Alahi Wassalam bersabda;
      إن عظم الجزاء مع عظم البلاء ، وإن الله تعالى إذا أحب قوما ابتلاهم ، فمن رضي فله الرضا ، ومن سخط فله السخط
      ’Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala’ yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan. Oleh sebab itu barangsiapa yang redha – dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredhaan Allah dan barangsiapa yang tidak maka padanya kemurkaan Allah.“ [Riwayat al-Tirmidzi, al-Albani menyatakannya sebagai hasan dalam Sahih dan Dha’if Sunan al-Tirmidzi.]

Aku bukanlah seorang yg alim ulama utk mengingatkan korang tentang agama tapi aku rase aku perlu juga share something aku jumpe dalam internet then kongsi ngan korang. Mane2 yg x nak baca tu xpe la mungkin tajuk tak best. Tak pe la. Yg mane nk baca tu thanks aku ucapkan.

Alang2 ngah tgk tv ne sambil2 buke internet aku tertarik dengan satu tajuk pasal "UJIAN ALLAH SWT". Better aku share sikit dlm nie. Berlandaskan pengalaman silam atau masa sekarang memang banyak Ujian yg kite tempuh. Aku xtahu korang mcm mane. Bentuk ujian yg Allah SWT bg kat umatNya tak same. Mungkin ade org ujiannya tak la seteruk mane bleh settle kejap je but mungkin ade yg ujian Allah turunkan ni amik mase lame utk selesaikan.

Berbalik kpd tajuk ari ni ""Jadikan Ujian Sebagai Penyuntik Utk Berubah". 
Pd aku, aku tak pernah salahkan sang Pencipta (Allah SWT) nape bg aku ujian yg teruk2. Setakat nie ujian yg Allah bg aku bleh handle lg. Alhamdulillah. Paling teruk pn ujian yg aku dapat kehilangan seseorang yg aku sayang. Ajal, pertemuan, jodoh tu semua dh ditentukan Allah SWT. Aku tak bleh lari dr ketentuan Allah. 

Jangan anggap Allah zalim sebab bg kite ujian yg teruk. Allah SWT tak pernah menzalimi UmatNya melainkan manusia itu sendiri menzalimi diri sendiri dan orang lain. Allah SWT tu bagi ujian tak pernah melangkau kemampuan UmatNya. Allah SWT tak pernah bg ujian yg membebankan umatNya. Kite je yg tak sabar slalu merungut ngan masalah2 yg datang.  

Berubah sebab ujian. Kadang2 semua org tak kuat hadapi ujian. Mcm aku jugak. Aku manusia biasa. Iman nk tahan sabar pon tak banyak. Kadang2 keluar ayat yg tak patut dr mulut nie. Tu la. Kite ni umur bukan makin muda. Bak org cakap umah kate pegi, kubur kate mari. Betul ke ujian yg Allah turun boleh buat org berubah?? Berubah ke arah kebaikan ke atau keburukan. Harapanye banyak ke arah kebaikan la yer...

InshaAllah... 


Khamis, Oktober 10, 2013

"ReDHa KeRanA ALLAH"





"" Every THing yG Kita LakukAn keNa AdE REdHa ALLAH SWT.... InsyaAllAh...
Sabtu, Ogos 17, 2013

BERBICARA TENTANG KESIHATAN – CIRIT BIRIT @ Diarrhoea

Salam 1Malaysia semua…Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya…Hopefully korang sume sihat hendaknya selepas kembali beraya yer…heheh… Sihat ke sume? Ade yang sakit perut ke sekarang??? Awak sume makan ape sampai sakit perut tue? Mana yg sihat tu Alhamdulillah kerana menjaga kesihatan tapi kepada yang tengah sakit sekarang ni tak kesah la sakit perut ke, demam ke, batuk dan selesema ke yang penting korang kena jaga kesihatan.

Sebenarnya hari ni nak cakap pasal penyakit cirit birit atau dalam bahasa saintifiknya Diarrhoea. Nak cite sikit la pasal penyakit cirit birit ni. Kebanyakan kita masyarakat Malaysia ni kurang menitikberatkan soal sakit perut berlarutan, selalu buang air besau dan muntah2…ini sume adelah symptom2 cirit birit atau diarea tadi tu. Biasanya Diarrhoea disebabkan oleh jangkitan pada usus disebabkan oleh makanan atau air yang tercemar. Ia juga boleh disebabkan bukan kerana jangkitan tetapi ini sangat jarang berlaku.

Sebab-sebab jangkitan:
i.                     Bakteria contoh.; Shigella, Campylobacter, Escherichia coli
ii.                   Virus contoh; Norwalk virus, Rotavirus
iii.                  Parasit contoh;. Giardia lambdia, Entamoeba histolytica
Bukan sebab-sebab jangkitan:
i.                     Toleransi kepada makanan – tiada toleransi terhadaplaktosa
ii.                   Reaksi ubat-ubatan anti-biotik tertentu
iii.                  Penyakit berkaitan usus – inflammatory bowel disease, sejenis penyakit yang mana tidak mampu untuk menghadamkan lemak.
iv.                 Functional bowel disease (Penyakit fungsi usus) – irritable bowel syndrome (sindrom radang usus)
Apakah tanda-tanda dan simptom Diarrhoea?
i.                     Perut rasa memulas lebih kerap
ii.                   Cirit-birit
iii.                  Mual dan muntah-muntah
iv.                 Demam
v.                   Hilang selera makan
vi.                 Sakit perut/kejang
vii.                Kembung perut

Secara tidak kita sedari, masalah berlakunya penyakit selepas musim perayaan mungkin ada penyebab lain selain dari sebab-sebab diatas. Adakah barang2 mentah yang korang beli tu terjamin ke tidak tahap kebersihannya?? Mungkin terlalu bersemangat nak beraya sampai kita lupa nak jaga kebersihan barang2 tersebut.

Dengan memastikan makanan adalah selamat, anda boleh mengelakkan pelbagai penyakit akibat makanan antaranya keracunan makanan. Keracunan makanan boleh berlaku apabila seseorang mengambil makanan yang tercemar dengan bakteria. Kesannya boleh dirasai selepas 3 hingga 24 jam yang boleh menyebabkan sakit perut, muntah-muntah dan cirit-birit. Keracunan makanan boleh bermula daripada pembelian dan penyimpanan bahan mentah, penyediaan makanan dan penyajian hidangan serta penyimpanan semual makanan yang telah dimasak. Semua ini biasanya berlaku secara berperingkat. Ia berlaku apabila bahan mentah yang dibeli awal dalam kuantiti yang banyak.

Pengguna menggunakan alasan takut harga akan melambung tinggi, kekurangan bekalan bahan mentah dan tiada peniaga yang berniaga pada cuti perayaan. Pembelian bahan mentah yang banyak ini memerlukan ruang penyimpanan dan suhu yang sesuai. Jika semua makanan yang mudah rosak dimasukkan ke dalam peti sejuk, ia tidak dapat menampungnya kerana ruang penyimpanannya adalah terhad dan tidak mencapai suhu yang sesuai untuk penyimpanan. Disebabkan kurang menjaga kebersihan juga lah masalah2 seperti ini berlaku.

Ada yang beranggapan bahawa penyakit ini sementara saja…just makan pil chi-kit te onn (x sure ejaan janji paham..Hehe) dh ok so tak yah gi clinic. Memang kadang2 makan pil sakit perut kesannya cepat tapi mana yg dh makan 3 kotak pil tu tapi tak ilang juga sakit perut mesti ade something wrong kn…jengjengjeng…..

Mencegah itu lagi baik dan tidak memerlukan belanja yang besar. Sebelum terkena baik kita cara jalan utk mengelakkan masalah berlaku. Yang mana sakit perut…termasuk le saya nie…heheh…sila jaga kesihatan korang dengan sebaiknya. InsyaAllah pencegahan awal boleh membendung gejala penyakit yang lebih teruk..InsyaALLah…

Untuk makluman lanjut mengenai penyakit cirit birit ini korang boleh layari website Kementerian Kesihatan atau pun boleh click pd pautan dibawah :
Terima kasih dan Selamat Membaca entry ini…Assalamualaikum…

Sumber : Jabatan Kesihatan Negeri Kedah
              Jabatan Kesihatan Malaysia




Selasa, Ogos 13, 2013

"MY Raye 2013..Yeahhhaaa!!!!!

Jom see my raye pic....tapi skit jer...huhuhu....tahun ni punye raye same mcm raye tahun2 yg lepas...selepas arwah abah meninggal tahun 2009 raye kami sekeluarga sederhana saje... Al Fatihah utk arwah abah sy Wahab Bin Ahmad...


















Ni je yg sempat amik...k bubyee.....






Isnin, Ogos 05, 2013

"Salam Lebaran Utk Semua Bloggers"



Saya harap ini bukan sesuatu yg awal utk ucap selamat kpd semua.  Di kesempatan ini saya Siti Norhaida Binti Wahab ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf dari semua blogger yg ade dan kepada semua yg membaca blog ini. 
Yang buruk hasil penulisan datangnya dari diri sendiri dan yang baik itu datang dari Allah SWT. Tujuan ucap awal selamat Hari Raya ni sebab esok saya dh balik kampung.........!!!!Yeahhhhhh!!!!!





Semangat mcm akak kat atas nie...hehehe.... Bagi yg masih bekerja tu jangan la hilang semangat or sedih yer....




Company memerlukan khidmat anda lagi... Sy akan selalu support anda semua sebab anda semua sahabat saya... Ape pun yg kita buat kenalah dengan hati yang ikhlas InsyaAllah besar pulangannya nanti...
Kepada yang dh on the way balik kampung berhati-hati dijalan raya. Bawa kereta jangan laju2.. Ingat...orang tersayang sedang menunggu. Sesiapa yg balik menggunakan pengangkutan awam mcm sy nie jgn lupe bertolak awal ke bus-stop...jgn sampai tertinggal bus yer...nanti tak pasal2 kena beli tiket baru...tu pon kalau masih terjual...hope ade la kn....

InsyaAllah.lepas raye kite jumpe lagi yer.....Assalamualaikum....
(...mood kemas baju dr mlm td x dtg2...adoiii...)



Isnin, Julai 29, 2013

"THANKS TO HERBALIFE FOR CHANGING MYLIFE"

Assalamualaikum semua...Kali ni saya nak tulis tentang makanan harian yg sy makan utk kesihatan diri sy. Tujuan sy makan makanan kesihatan ini adelah sebab kesihatan tubuh badan yang semakin lama semakin kurang baik. Makanan kesihatan yg sy makan ni dh lama bertapak di dunia. Nk tahu kesahihannya kenalah pergi ke tempat yg betul utk tahu asal usul makanan ini..siapa pengasasnya..berapa buah negara yg dh jalankan business ne...ape khasiatnya...dan ape yg kita boleh buat dengan makanan kesihatan ini. Adakah ianya semata-mata mknan kesihatan atau boleh jana pendapatan?? Tanya hati, tanya iman....

Sy dh start guna makanan kesihatan ini sejak 19/02/2013. Baru je tapi kesannya amat luar biasa. Tujuan sy makan makanan kesihatan ini ada 2 sebab utama. Time ni tak terlintas nak jana pendapatan pon... Sebab pertama masalah peningkatan berat badan yg amat tidak terkawal dan juga masalah keuzuran. 

Start sekolah rendah dh biasa bersukan. So badan time tu slim-melim kn...badan cm gambar kat bawah nie...but ni bukan sy... Ini Irene Van Dyk pemain netball New Zealand. I love her so much...


Bila kita dh biasa bersukan dan kemudian tinggalkan bidang tu ia akan memberi kesan kepada metabolisma dalam badan. Badan dh selalu bekerja keras..lari sana sini and then stop tibe-tibe badan kita jadi terkejut. Bermula dr situ la badan sy mcm di pam-pam kate orang.

Kesan Masalah Peningkatan Berat TidakTerkawal



Sy tak nak jadi obesiti. Tanpa segan dan silunya nk bagitahu berat sy masa skolah menengah dalam 57-59kg. Itu average jer. Disebabkan masalah lutut sy tercedera dan sampai sekarang sy tak boleh bersukan sebab tak leh lari terlalu aktif, berat tu jd naik ke 60kg. Mase ni dok rumah tak wat pape. Makan tido mkn tdo kerjenya ari-ari. Masuk je UiTM Shah Alam berat sy dh menjangkau 70kg. Jangka masa tak jauh. Dalam 5-6 bulan process kenaikan berat badan. Masa ni sume dh nampak badan dh gempal sikit...heheh... Masuk je alam pekerjaan berat makin naik. Last berat sy 85kg awal tahun 2013. Sangat beratkn... Start dr situ sy terpikir yg sy kena buat sesuatu bg mengelakkan berat sy makin naik. Sy kaji kesan-kesan yg akan berlaku bila kita terlalu berat. Ia ada kaitan dengan masalah sy yg kedua tu. 

Gangguan Sistem Keuzuran

Ayat atas ni sy main letak je bagi mudah faham. Process kelewatan datang bulan bagi wanita memang agak common bg wanita mcm sy yg mempunyai masalah berat badan. Secara kebetulan jika berat naik ia akan ganggu masalah period. Bila check ngan doktor semua jawapan yg sama. Ni masalah hormon katenye. Dh berkali-kali g jumpe doktor dok menda yg same je bgtahu. Bosan. Tahap paling teruk sy lewat datang bulan pada tahun 2009. Masa tu sy tak period selama 5 bulan. Nak dikira dalam setahun sy hanya period beberapa bulan je. Sy yg  mengalami ni risau la kn. 

Banyak dalam internet kata kesan lewat datang bulan. Antaranya susah nk dapat anak, mandul dan mcm2 lagi. 



Sape tak takut dengan semua tu. Sy mengambil keputusan utk merubah hidup sy kearah yg lebih sihat. Sy mula diperkenalkan dengan makanan nutrisi ni semasa di UiTM. Time tu roomate memang ahli nutrisi. Masa tu time blajar mana nak pikir menda-menda ni sume. Kebetulan officemate ade jual makanan nutrisi ini. Jd sy order dari dia. Masa start makan memang struggle gile. Coach sy pantau pemakanan sy. Dan sampai sekarang selama kurang 6 bulan sy mkn sy dh turun dari 85kg ke 80kg. Sy pon tak caye. Ape yg penting period sy dh ok dan sy dh boleh tersenyum lega. 

Thank to Allah SWT sebab perkenalkan sy dengan Herbalife. Product ini memang bagus dan sy akan teruskan memakan product ini sehingga sy mendapat result yg sangat bagus dan sy berpuashati dengan hasilnya. Apa yg sy boleh katakan disini sesiapa yang mengalami masalah kesihatan yg agak kronic sila cuba makanan nutrisi ini. Ia bukan agent penyembuh penyakit. Kita kena ingat kita kena cari jalan utk mengelakkan penyakit itu memudaratkan kesihatan. Hanya Allah SWT yg boleh sembuhkannya. Cuba cari jalan utk menjadi sihat. 

Sesiapa yg nak jadi sihat boleh contact sy. Sy ade agent yg bertauliah utk perkenalkan product ini kpd anda semua. Marilah sam-sama kita berubah ke arah yg lebih sihat. InsyaAllah...