Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Enjoy Song

Jumaat, Ogos 14, 2015

Kenapa Perlu Professional Ketika Bekerja?




#Kepada sesiapa yang berkhidmat sebagai pegawai khidmat pelanggan atau staff khidmat pelanggan atau dalam bahasa inggerisnya Customer Relation Officer atau pun Customer Service Representative or Professional mesti sudah diterapkan dan dilatih supaya bersikap professional ketika berurusan dengan pelanggan.
#Disini saya ingin kongsi sedikit pendapat tentang sikap bekerja sama ada bekerja di sector awam atau sector swasta. Melalui pengalaman dan pemerhatian sendiri yang mana saya rasa tak elok saya akan kongsikan disini dan solusi yang saya rasa perlu untuk penambahbaikan. Macam pakar pulak saya ni kan. Tak pe la kan. Kalau anda nak baca boleh teruskan membaca dengan harapan kita perbaiki diri sebab ‘first impression’ pelanggan datangnya dari kaunter atau pun operator jika melalui telefon.
#Pengalaman saya bekerja sebagai Customer Service Professional di Telekom Malaysia Berhad (TMB) selama 4 tahun mungkin dah cukup untuk saya berkongsi pengalaman.
#Saya mula bekerja dengan TMB pada 05 Mei 2010 dan jawatan saya ketika itu adalah sebagai Customer Service Representative dan saya diletakkan dibawah bahagian Direct International Assistant Service (DIAS). Berkidmat dibahagian ini selama 6 sebelum saya ditukarkan ke bahagian lain. Sebelum saya dimasukkan ke Bahagian tersebut saya telah diberikan latihan yang terperinci sebagai persediaan saya sebelum saya dibenarkan untuk “go life”. “Go life” bermaksud ready untuk menjawab panggilan. Saya bertugas sebagai operator di Bahagian DIAS ini dan tanggungjawab saya adalah menjawab panggilan dari pelanggan TMB yang mana mahu menyambungkan panggilan dari Malaysia ke kawasan dalam Malaysia atau panggilan dari Malaysia ke Luar Negara. Pening tak ayat? Tak peningkan. Hari-hari saya menjawab panggilan dari pelanggan. Saya juga dikehendaki memantapkan bahasa Inggeris saya kerana bahagian yang saya kendalikan ini banyak menyambung panggilan ke luar Negara dan saya perlu bertutur dengan lancar dalam bahasa tersebut.
#Bersikap sebagai pegawai khidmat pelanggan yang professional telah dipupuk ketika latihan. Kami ada standard skrip yang dibenarkan ketika bercakap dengan pelanggan. Kami juga telah diberitahu supaya tidak melakukan sesuatu yang boleh memberikan imej buruk kepada syarikat. Agak-agak sesiapa yang tak mahu terima syarat yang telah diberikan oleh syarikat, silalah angkat kaki sebab TMB ni dia dah formally known diseluruh Malaysia jadi yang tak nak ikut sila berundur awal-awal.
#Kemudian saya ditawarkan untuk menimba lebih banyak pengalaman di bahagian lain selepas 6 bulan saya berkhidmat di bahagian DIAS. Saya telah di tempatkan di bahagian Product dan Billing (P&B) dan menurut kawan-kawan bahagian ini sangat hebat penangan pihak pelanggannya yang marah-marah, suka mengamuk dan fussy. Macam sama je kan kesemua tu. Takpe la yang penting faham. Saya berkhidmat di bahagian P&B ni selama 3 tahun lebih. Macam-macam perangai pelanggan saya jumpa. Dimaki hamun memang tak boleh dikira dalam sehari mesti ade.
#Terapan supaya bersikap professional ketika bekerja memang membantu. Kita cool je masa handle pelanggan tu. Bukannya pelanggan nampak pun muke saya. Buatlah gaya apa pun yang penting pelanggan dengar suara saya hati dia senang. Poyo sungguh!!!
#Saya nak kongsi tips sikit macam mana nak jadi lebih professional
  1. Senyum (manusia ni memang mudah cair bile melihat manusia lain tersenyum. Lagilah kalau kita bagi senyuman yang paling manis kat mereka)
  2. Pandang mata pelanggan bila sedang bercakap (Janganlah cuba bercakap sambil mata tengok monitor pc. Tu memang nak menempah makian. Bila kita pandang mata pelanggan, secara tidak langsung pelanggan nampak kesungguhan kita mendengar apa masalah mereka.
  3. Jadilah pendengar yang setia (Pelanggan yang marah-marah ni biasanya dorang nak kita dengar masalah mereka bukannya ape pon kan jadi dengar je la dari awal sampai akhir, lepas tu dia ok je..)
  4. Jangan berbual di kaunter (yang ini merujuk kepada petugas kaunter yang suka sangat berborak dengan rakan sebelah dia. Elakkan la yer sebab pelanggan akan terasa hatinya sebab dia ade kat depan kita tapi kita plak dok borak ngan kawan. Masa ramai orang di kaunter jangan cube-cube borak ye kalau taknak gambar anda di”snap pastu di viralkan. Maklumlah zaman serba canggih sekarang ni)
  5. Jangan Pilih Kasih (ramai antara kita termasuklah saya kadang-kadang suka layan orang yang agak-agak kita suka. Layanan mesti tip top. Jangan ye. Pelanggan semuanya kena bagi layanan yang sama)
  6. Maintain Mood (Biasanya mood pagi-pagi memang superb but at the end of the day sume tarik muka. Dah takde dah senyum manis tu. Tu tak nak ye. Maintainkan mood anda dari pagi sampai habis kerja.
 
Amacam? Banyak tak tips. Saje kongsi-kongsi. Harapannya Cuma satu biarlah kita bekerja bukan sebab ingin mengejar wang ringgit. Bekerjalah sebab kerja itu sendiri dan niat kerana Allah. In Shaa Allah pulangan yang lumayan anda dapat. Amin.
 
Admin
Siti Norhaida Wahab
14 Ogos 2015 @ 01.24am

Khamis, Julai 23, 2015

Kenapa Pakai Inner Neck?



Kenapa ye saya pakai inner neck? Setiap yang berlaku mestilah ade sebab kan memang itu yang telah ditetapkan oleh Allah SWT dalam setiap kejadian. Bermula dari satu peristiwa atau kejadian yang berlaku pada diri sendiri bukannya pada orang lain. Saya kongsi bersama di dalam entri ini. Terdapat satu sebab kenapa saya boleh berinner neck nie. Sejak sekolah menengah saya mengalami allergic teruk pada bahagian dagu. Cerita mula zaman sekolah menengah sebab masa tu baru start pakai tudung itu pun masa tingkatan lima. Allergic tu sebab butang tudung jadi memang mengganggu pemakaian tudung saya sehingga menjadi tidak terkawal. Macam teruk sangat je kan tapi memang teruk tau. Dah sampai tergaruk-garuk pastu berdarah. Kalau kena air memang pedih yang amat. Kalau cuaca panas lagilah allergic tu datang jadi kena standby la masa tu. Yang paling teruk kesan allergic tu tertinggal kat leher. Tu yang tak berapa nak best.


Allah SWT tu Maha Penyayang. Mestilah Allah sayang saya sebab tu Allah beri hidayah supaya saya mencari jalan agar Allergic ini berkurangan. Nak dijadikan cerita, saya terpandang tudung ‘bibik’ yang tak guna. Awning pon dah rosak jadi saya potong awning tu tinggallah sebahagiannya. Jangan ambil yg ade awning ye. Kalau nak cantik, jahit sikit tempat yang digunting supaya kelihatan kemas dan takde lah serabut sangat masa pakai nanti. Kemudian saya adjust sikit pada bahagian dagu supaya tudung tu tak jatuh ke belakang bila dipakai. Adjustment pada leher tu saya buat supaya selesa dan tak terlalu ketat atau longgar. Saya tengok kat cermin memang cantik. Macam inner beli kat kedai cume bezanya inner ni buat sendiri dan dibuat daripada tudung-tudung yang dah tak guna. Ini salah satu cara mengelakkan pembaziran jugak tau. Mula-mula pakai memang rasa tak selesa pada leher sebab kadang-kadang saya rasa kepanasan. Tapi makin lama pakai inner ni makin selesa sampailah saya memakainya sehingga sekarang.

Selain daripada tu juge ade seseorang menegur saya dimana tudung bawal yang selalu saya pakai tu menampakkan leher saya. Jadi 2 in 1 la saya buat inner sendiri ni. Pertama, sebab allergic teruk saya tu dan kedua, inner neck ni secara tidak langsung bila dipakai ia akan menutup leher saya dan bila saya pakai tudung bawal atau ape-ape jenis tudung inner ni membantu melindungi leher saya daripada dilihat orang yang bukan muhrim saya. Perfect kan. Allah bagi cara hanya untuk allergic saya saja dan pada masa yang sama Allah bagi kelebihan lain iaitu memperbaiki cara penutupan aurat saya sebagai seorang perempuan.

Kalau ada yang masih simpan tudung ‘bibik’ lama tu jangan la buang. Cube la buat inner sendiri In Shaa Allah anda akan puas hati.
 
 

Sekian saja berkongsian saya buat masa ini. Selamat mencuba. Assalamualaikum.

 

Admin

Siti Norhaida Wahab

23th July 2015 @ 2.10am

ISTIQAMAH & HIDAYAH


 
#I’m trying to be a better muslimah. Perubahan memerlukan istiqamah. Paksaan dalam perubahan bimbang tidak bertahan lama. Hopefully you will be there when in need you to guide me to be a better person in future. I’m trying dear...but slow-slow. Saya juga inginkan syurga Allah yang abadi. I will be more then what you aspect me to do. In shaa Allah.

#Hidayah Allah datang dalam pelbagai cara dan bentuk. Waaimah melalui kad pengenalan sendiri pon Allah dah turunkan hidayah (sebelum bertudung kad pengenalan saya dah pakai tudung dulu sebab masa buat kad pengenalan kena paksa dengan pendaftar kad pengenalan supaya saya pakai tudung sebab saya Islam)

#Gerak hati tu memang pasti sebab ianya datang dari Allah yang satu. Saya manusia biasa saja memang tak boleh menolak kalau Allah nak bagi hidayah. Rugi kalau tolak hidayah Allah.

#Share pengalaman sendiri bukan dari pengalaman orang lain. Kita yang mengalami maka kita tahu apa perasaan bila mendapat sebenar-benarnya hidayah Allah. Bersyukur sangat Allah pilih saya untuk teima hidayahNya.

#Terus mengenakan tudung sebab rasa malu dengan Allah, malu dengan diri sendiri dan malu dengan orang disekeliling. Malu dengan arwah abah juga sebab sebelum mengenakan tudung kepala memang togel tak pakai apa-apa. Kata-kata arwah abah memang terkesan dihati sehingga sekarang. Arwah abah cakap,

“Kalau kau sayangkan abah kau bertudung lah”

Masa arwah abah cakap macam tu mana ade perasaan nak berubah. Biasalah siapa tak kenal Haida seorang anak yang degil. Tapi Alhamdulilah Allah bagi isyarat supaya saya berubah kearah yang lebih baik.

#Ade yang cakap nak hidup tenang kena selalu membaca Al-Quran, baca dengan tajwid yang betul, dan fahamkan isi kandungan ayat-ayat yang ada dalam Al-Quran. Al-Quran yang Allah turunkan tu terus terang memang saya sukar memahami. Saya hanya membeli Al-Quran yang ada terjemahan saja sebab saya memang tidak tahu jawi apatah lagi bahasa Arab yang ada dalam Al-Quran. Kadang-kadang saya ada terfikir macam mana saya mahu jadi seorang yang lebih baik disisi Allah jika saya tidak tahu langsung membaca Al-Quran. Allahu Akbar. Itu kelemahan saya. Kelemahan yang saya sukar untuk hadapi. Saya mencuba membeli buku-buku iqra’ dengan harapan saya mampu belajar sedikit demi sedikit. Saya dalam tempoh pembelajaran dan harapannya memang tinggi sehingga saya dapat membaca bahasa Arab walaupun sedikit. In Shaa Allah.

#Syukur Allah bagi peluang rasa macam mana hidayah datang. Saya masih mencuba dan takkan pernah berhenti mencari cahaya Allah. Cuma saya tak mahu cakap berlebihan sebab ilmu agama saya tidak sehebat ahli ulama, saya cuma manusia biasa yang baru merangkak-rangkak mencari cahaya tersebut. Membaca Al-Quran juga saya tidak tahu apalagi mengajar orang. Banyak lagi yang perlu saya pelajari. Yang mana mahu berkongsi sudi-sudikan lah berkongsi dengan saya.

 

Terima kasih atas pembacaan anda.

 

Admin

Siti Norhaida Wahab

23th July 2015 @ 01.24am

 
Ahad, Jun 14, 2015

Kad Kawin Buat Sendiri???


Nak buat kad kawin sendiri? Haa...dh nak kawin dah ker??  Maybe....hahahah...
So ape pendapat korang??
Aku berniat nak buat kad kawin sendiri nanti...save baget sikit kan...macam kreatif sangat je aku ni
Sebab nape aku nak buat kad kawin sendiri:
   i. Mestilah sebab save baget
  ii. Sebab kedua pon sebab save baget jugak...

...haahah....hahah....

Kad kawin in the making... in shaa Allah





Memang itu la masalah aku sekarang ni...
So aku decide nk wat kad kawin sendiri...

Stay tune ye utk melihat hasil kad kawin saya nanti...


Arious...

Nukilan,

Siti Norhaida Wahab
-Admin-


Ahad, Oktober 05, 2014

~Running Man~


~RUNNING MAN~




Ada siapa-siapa minat Variety Show Running Man tak kat sini?
Gile x minat. Saya baru je terjebak dengan aktiviti ini...hehehe...
Pada suatu ketika dulu saya asyik terpikir apsal la ramai yang minat dengan Running Man nie...
Bila dah cuba tengok sekali show program ni memang tak nak lepas...
Ade yang sanggup balik kerja awal sebab nak sambung tengok Running Man ni...
Tu yang tak bleh belah...ade yang upload dari youtube tu...yang tu saya la tue...heheh...

Tengok2 jugak tapi korang kenal ke siape Orang-orang yang menjayakan program nie...
 Kenal ke siape Yoo Jae Suk, Haha, Ji Suk Jin, Song Ji Hyo, Kim Jong Kook, Lee Kwang Soo, dan Kang Gary???
Awal-awal memang x kenal...Same cam saya. Awal-awal tengok blur jugak sebab tak kenal peranan member Running Man nie...
Bila tanya orang sebelah asyik kena marah jer...
Bak kate orang cakap "tak kenal maka tak cinta"

Jom kenal-kenal ngan dorang nie...


YOO JAE SUK
***************************


Pseudonym               : National MC (국민MC),Grasshopper (메뚜기),Nal Yoo (날유), Class-President Yoo (유반장), The 1st-in-command (1인자), God Yoo (유느님), Yooruce Willis (유르스 윌리스), Yoo Hyuk (유혁), Yoomes Bond (유임스 본드)
Born                          : August 14, 1972 (age 42)
Place of Birth            : Seoul, South Korea
Nationality                : South Korean
Years active              : 1991 – present



Siapa yang tak kenal dengan Yoo Jae Suk. Dia ni popular dengan tarian sensual dia tue...hahah... sangat kelakar. Dia ne juga popular dengan nerves yang melampau. 
Memang low profile. Bila diamati karaktor dia ni dia sangat ambil berat terhadap kawan-kawan dalam RM. Mungkin sebab dia antara yang paling tua kot...






Belalang hijau atau cengkerik juga dikenali sebagai Grasshopper. 




JI SUK JIN
*******************


Pseudonym                        : Big Nosed Hyung (왕코형님), Jae Suk Sunflower, Impala (임팔라),                  Race Starter (레이스 스타터)
Birth name                         : Ji Suk-jin
Born                                   : February 10, 1966 (age 48)
Place of Birth                     : Jungseon, Gangwon, South Korea
Nationality                         : South Korea
Years active                       : 1992–present



The weakest diantara member-member yang lain...
Kawan baik Yoo Jae Suk...
Dan yang paling tua...hehehe



HAHA
***************


Birth name                         : Ha Dong-hoon (하동훈)
Also known as                   : Haha (하하), Haroro (하로로)
Born                                   : August 20, 1979 (age 35)
Place of Birth                     : West Berlin, West Germany
Origin                                 : Seoul, South Korea
Genres                                 : K-pop, electropop, hip-hop, reggae fusion
Occupations                       : Singer, rapper, dancer, comedian, actor, presenter
Instruments                        : Vocals, drums
Years active                       : 2001–present
Labels                                 : QUAN Entertainment, Bigfoot Entertainment


Haha...sy tak gelak tau. Nama dia memang Haha @ Ha Dong-hoon. 
Dia ni suka berlakon dan transform jadi seseorang. 
Macam psiko pon ade jugak...







\

Ne isteri dia...name isteri dia Kim Go Eun (Byul). Isteri dia baru je lahirkan bayi lelaki dan telah diberikan nama Dream yang lahir pada 09 Julai 2013...comel je nama anak dia kn.,..



KANG GARY
*****************



Sape yang tak kenal dengan Kang Gary... Pasangan Song Ji Hyo dalam Running Man.
Lihat profile dia kat bawah nie...


Korean Name                           : 강희건, 姜熙建, 개리
English Name                           : Kang Hee Gun, Kang Gary, Garie
Pseudonym (Nickname)           : Flat Gary, Peaceful Gary, Gaecholas Cage,
   Monday Couple (Song Ji Hyo's Boyfriend)
Date of Birth                             : 24 February 1978
Blood Type                              : A 
Height                                       : 174 cm
Weight                                     : 70 kg 
Status                                      : Single
Education                                 : Department of Security Services, Yongin University
Occupation                              : Singer (LeeSsang)
Label                                        : Jungle Entertainment
Start active                               : 1999 (1st Album : LeeSsang - "A Man's Story" )
Twitter                                     : @gally5882
Instagram                                 : gaegun
TV Program Related                : 2010: Running Man



Kang Gary sangat funny dan terkenal dengan rap dia tue...
Dia pandai menari jugak. Kalu sape yang tengok episod dia menari dengan Kumpulan Pink tu memang sangat nice...
Best Giler...



KIM JONG KOOK
*********************


Ha...siape yang tak kenal dengan dia nie...Sparta Kook, Comander & Tiger tu la nama yang diberi.
Pape pn lihat profile dia dulu...


Born                            : April 25, 1976 (age 38)
Origin                         : Hapcheon, South Korea
Genres                        : K-pop, Dance, Hip Hop, Trot
Occupations               : Singer
Years active               : 1995 – Present
Labels                        : CJ Music (2001–2006), Mnet Media(2007–2008), 101 Entertainment    (2010–2011), JK Entertainment (2011–2014), Urban Works ENT (2014-Present)
Associated acts          : Turbo, Mighty Mouth, SG Wannabe, Soya, Haha, Gary



Masa tengok program tue nampak api-api ne bila dia tengah bengang...tu la dia Kim Jong Kook...




SONG JI HYO
******************


Ace Ji Hyo atau Mong Ji Hyo...tu nama dia...Dia memang blur dan selalu menang...

Name                    : Song Ji-Hyo
Hangul                 : 송지효
Real Name            : Chun-sung Im (천성임)
Birthdate              : August 15, 1981
University             : Kookje College
Major                    : Tax & Acccounting
Birthplace            : South Korea
Height                  : 168cm
Blood Type          : A
Twitter                  : OfficialJiHyo
Facebook             : SongJiHyoOfficial










LEE KWANG SOO
************************



Born                             : 14 July 1985 (age 29)
Birth Of Place              : Namyangju, Gyeonggi Province, South Korea
Education                     : Dong-ah Institute of Media and Arts - Broadcasting
Occupation                  : Actor
Agent                           : King Kong Entertainment
Height                          : 1.90 m (6 ft 3 in)
Weight                         : 78 kg




Banyak2 member RM ne, si Kwang Soo yang nampak kesian dalam program tue. 
Selalu jadi mangsa buli member yang lain...terutamanya Kim Jong Kook dan Yoo Jae Suk...
Ji Hyo kadang je marah si Kwang Soo ne...kesian betol...
Tapi dia dikenali di kalangan peminat di Asia terutamanya di Vietnam, dan dikenali dengan Prince Asia...dia je yang perasan sebenarnya...hikhik...

Dia antara yang paling muda antara member-member yang lain...




Gambar diatas ne masa dia jadi Kwangja...serius kelakar...




di kenali juga sebagai GIREFFE...



MONDAY COUPLE
@@@@@@@@@@@@

- Siape lagi kalau bukan Kang Gary + Song Ji Hyo...
- Mereka Sangat Sweet bila bersama
- Tak berpura dan sangat spontan
- RM tak berseri kalu takde dorang
- kalu dorang couple betul2 kan lagi best...
















Ne yang paling sweeettt sangat....
Kang Gary suruh Ji Hyo propose dia kat depan orang ramai...
So Sweet....




THE BETRAYER
@@@@@@@@@@

FEEL...CHOCK...CROSSS...
HAHA + KWANG SOO + JI SUK JIN
Menang popular dengan pengkhianatan
At last kalah jugak....









Ok la kawan-kawan.
Have fun...siapa-siapa yang peminat tegar Running Man mesti dh pergi tengok PC mereka pada 01.11.2014 kan...sangat owesome...
Hidup Running Man...Daebak!!!!











~SALAM AIDIL ADHA~





SALAM AIDIL ADHA...

JARI DISUSUN, MAAF DIPINTA...


...dari pihak pengurusan

sitinorhanyasebuahnama.blogspot.com

Ahad, Ogos 31, 2014

SEMPATKAH...???

Sedih hati ini bila selalu diuji dengan kejadian-kejadian yang tidak dapat dibayangkan fikiran. 

Betullah kata orang jangan selalu menongkah langit sehingga kita lupa bumi yang dipijak.

Jika nak dihimpunkan pahit getir hidup sudah semestinya tidak terbilang dengan jari ujian-ujian yang dikirim Allah kepada umatNya.

Bagi mereka yang mudah tersedar dengan kekhilafan cepat-cepat untuk bertaubat, tapi bagaimana pula dengan mereka yang seolah-olah lupa dan alpa dengan keseronokan dunia.

Aku hanya manusia biasa juga tidak lari dengan keseronokan duniawi.

Aku hanya mampu berserah kepada takdir Allah SWT, kemana arah tuju kakiku mengharungi dunia yang penuh dengan pancaroba ini.

Hanya satu yang aku pinta supaya Allah menuntun aku ke landasanNya supaya aku tidak tersasar jauh mengejar dunia sehingga lupa akhirat menanti.

Ya Allah Ya Rabbi...

Kadang-kadang aku selalu berdiskusi dengan diriku. Apakah ini jalan yang bakal aku tempuh?

Apakah kesudahannya? Jauh lagikah langkah ini? Kemanakah langkah ini? Sempatkah aku?

Hanya Allah yang tahu....